Setiap kanak-kanak mempunyai cara yang tersendiri bagi memberi ‘ketenangan’ kepada mereka. Usia antara 8 bulan ke atas mereka mula menunjukkan sikap atau tabiat mereka.
Sebagai contohnya, tabiat tidur atau berjalan mesti ada bantal busuk, mengigit kuku, mengigit puting botol sehingga koyak, menghisap jari dan sebagainya.
Kalau nak ditegah mereka masih kecil, dan bukannya mereka faham apa yang kita maksudkan. Kalau tak dituruti alamat hiruk pikuklah suasana rumah di malam hari. Itulah kanak-kanak yang mempunyai pelbagai ragam.
Doa Pemisah Tabiat Buruk Anak-Anak
Sebagai perkongsian, insha’Allah doa pemisah ini boleh diamalkan mengikut keperluan masing-masing. Untuk memisahkan anak daripada penyusuan badan juga amat sesuai diamalkan doa ini. Ikhtiar ini hendaklah dilakukan secara istiqomah dan yakin.
Petua tradisional Untuk Menceraikan Susu Ibu
Ambil sedikit benda pahit seperti jadam dan sapukan di bahagian tetek ibu. Si manja anda akan tertolak apabila menghisap benda yang pahit. Sapukan beberapa kali sehingga mereka sendiri menolak jika anda tawarkan untuk menghisap susu badan.
Semuanya adalah ikhtiar bagi menghentikan tabiat buruk anak-anak. Takut-takut ianya mendatangkan masalah besar apabila anda ingin menghantar mereka ke sekolah jika tidak diberhentikan sejak awal.
Mendidik Mereka Mempunyai Tingkah Laku Positif
Setiap anak dilahirkan suci. Tiada dosa dan baik fitrahnya. Kadangkala tabiat yang tidak menyenangkan kita itu hanyalah terjadi disebabkan faktor sekeliling dan budaya keluarga.
Mendidik mereka menjadi baik/ behave terutama di khalayak ramai bukanlah mudah. Pada tahap umur mereka ini, kewujudan seorang ‘role-model’ sangat diperlukan serta dibantu dengan sokongan ibubapa.
Justeru itu, program yang santai dan mudah seperti playgroup sangat berkesan bagi membentuk tingkah laku positif anak-anak. Mereka akan mula belajar bagaimana untuk bergaul bersama rakan sebaya, mengambil turutan / how to take turns, berkongsi barang permainan dan sebagainya.
Sertai Kelas Excel Qhalif Playgroup Secara PERCUMA
Apa kata anda berikan anak-anak anda peluang dan ruang untuk mengecapi masa-masa kecil mereka dengan bermanfaat dengan mendaftar bersama kami hari ini. Program yang khusus dalam menerapkan nilai kekeluargaan yang pasti akan membuatkan hujung minggu anda tidak sama seperti dulu. Penuh diisi dengan masa dan aktiviti yang berkualiti.
Untuk keterangan lanjut, sila klik pada BANNER di bawah untuk semak tarikh & lokasi kami :