Komunikasi yang berkesan terjadi apabila satu pihak bercakap dan satu pihak lagi mendengar. Komunikasi 2 hala memerlukan teknik dan trik terutama ketika kita ingin berkomunikasi dengan anak-anak.

Terdapat 4 teknik yang boleh saya kongsikan di sini untuk meningkatkan tahap komunikasi yang berkesan. Ianya tidak perlu sampai anak faham apa yang kita cakapkan, sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar itu sudah cukup baik pada permulaannya.

parent-talking-to-child1) Rendahkan badan untuk bercakap sama paras dengan ketinggian anak

Apabila kita mahu anak mendengar atau ambil perhatian apa yang sedang kita cakapkan kepada mereka, rendahkanlah badan kita agar boleh sama paras mata dengan mata anak.

Kita boleh juga mengangkat anak sambil letak dipangku untuk mulakan komunikasi bersama anak. Seterusnya pandang bola mata mereka dan cakaplah secara tenang, perlahan tetapi jelas tentang apa yang kita ingin katakan.

Jangan gunakan bahasa yang tinggi atau ‘complicated’ yang membuatkan mereka menjadi kurang faham apa yang kita katakan.

Untuk umur anak 2,3 dan 4 tahun gunakan kosa kata atau vocabulary yang mudah untuk mereka sebut dan ikut. Kerana, ketika itu juga mereka sedang belajar untuk meniru percakapan kita.

2) Elakkan salah faham 

Kadangkala bila kita gunakan terlalu banyak perkataan yang lebih kurang bunyinya sama terutama dalam Bahasa Inggeris seperti ‘three’ atau ‘tree’ juga boleh membuatkan komunikasi 2 hala dengan anak terganggu.

Apabila mereka faham perkara yang lain seperti yang kita cakapkan, mula akan terjadi konflik antara kita dan anak.

Mudah kadangkala kita label mereka tidak mendengar kata atau lakukan apa yang kita suruh yang sedangkan mereka tidak faham sebetulnya apa yang ingin kita sampaikan.

Cara terbaik ialah, lihat reaksi muka mereka jika berkerut dahi mereka atau terbeliak mata mereka, tanyakan semula apa yang kita cakapkan tadi. Jika ianya berlainan dengan apa yang kita cakapkan tadi, betulkan mereka dengan perlahankan kelajuan percakapan kita hingga mereka benar-benar faham mesej yang ingin disampaikan.

Jika perlu diberikan contoh untuk mudah mereka faham, berikanlah.

3) Terus kepada mesej yang sebenar

Bayangkan kita mempunyai masa yang sedikit untuk melakukan perbualan bersama mereka, jadi kita perlu cakap apa yang kita perlu cakap sahaja. Sekiranya kita bercakap kepada anak dengan terlalu terperinci, sudah pasti berlaku banyak kekeliruan dan mereka akan bertanya soalan yang tidak kena mengena dengan apa yang kita sampaikan. Jadinya, buang masa dan kita akan menjadi sedikit putus asa untuk ulangnya lagi.

j0422333-1024x6794) Jangan menjerit kepada mereka

Menjerit adalah cara paling buruk dalam berkomunikasi.

Ianya terbukti apabila kita menjerit kepada anak, mereka tidak akan mendengar apa yang kita cakapkan. Walaupun mereka duduk dan melihat mata kita, mereka hanya menadah telinga untuk mendengar dengan penuh rasa sedih dalam diri kerana dimarahi.

Oleh itu, percakapan kita gagal, mereka sedih dan kita juga rasa sedih. Tiada apa yang berjaya disampaikan.

Apabila kita merasakan marah dan ingin menjerit, ubah kedudukan kita ketika itu. Jika berdiri, cuba bertenang dengan duduk. Tarik nafas dalam-dalam dan jika boleh ambil wudhu’ untuk mengurangkan amarah itu.

Cuba sebaik mungkin untuk tidak menjadi ‘singa lapar’ kerana ianya tidak baik untuk emosi dan hormon badan anak kita. Kita sebagai ibubapa perlu cuba sebaik mungkin menjadi seorang yang mereka idolakan yakni mempunyai tindakan yang positif terhadap mereka. Ianya ibarat seorang guru yang mereka sanjungi.

Kesannya, apabila kita berjaya dalam berkomunikasi dengan anak yang mana mereka mendengar apa yang kita cakapkan, itulah titik mula untuk melatih mereka untuk fokus. Fokus anak memang susah untuk dibentuk kerana mereka penuh dengan pelbagai perkara yang ingin dicuba.

Tetapi komunikasi adalah perkara yang setiap hari kita lakukan bersama mereka, dari situlah fokus mereka secara tak langsung dibentuk. Cumanya, kita kena cakap secara betul, jelas agar deria telinga mereka terangsang dengan optimum.

Hubungkait Fokus dan Stimulasi Deria Anak

Kebanyakkan pelajar yang baru sertai kelas Excel Qhalif Playgroup, hampir 70% mereka masih tidak pandai untuk fokus atau ‘pay attention’ . Ada yang mengambil masa hampir 2 bulan untuk dibentuk fokus mereka, namun ada juga hanya mengambil masa dalam 2-3 minggu kelas sahaja.

Setiap anak mempunyai daya keupayaan tumpu yang berlainan. Ianya bergantung kepada kadar stimulasi atau rangsangan yang kita berikan kepada mereka sejak kecil. Kerana itu, di dalam program playgroup ini kami wujudkan untuk memberi seoptimum mungkin kadar stimulasi kepada setiap anak walaupun dalam umur yang berlainan (2 tahun hingga 4 tahun) untuk mendapat semua rangsangan kelima-lima deria penting mereka.

Kekurangan rangsangan terhadap salah satu deria mereka sejak kecil akan menimbulkan gangguan perkembangan IQ dan EQ anak ketika mereka bersedia untuk dihantar ke tadika di usia 4 atau 5 tahun. Antaranya adalah gangguan daripada pertuturan yang masih pelat, kemahiran motor halus (jari-jemari dan tangan) yang lemah, kelemahan dalam kemahiran mendengar (listening skills) dan banyak lagi.

Elemen kelas PLAYGROUP yang membentuk fokus anak

a) Kualiti 1 Jam – Kelas kami hanya dijalankan selama 1 jam. 1 jam ini juga kami sangat menjaga stimulasi yang mereka dapat dengan sangat menitikberatkan antara peraturan ; hanya pelajar yang sertai kami sahaja berada di dalam ‘learning area’ bersama ibubapa mereka, penggunaan ‘electronic devices’ seperti tablet atau smartphones perlu disimpan dan permainan seperti ‘toys’ juga dilarang. Mereka hanya fokus kepada sesi kelas sepanjang 1 jam itu.

b) Suasan kelas yang kondusif – Keadaan kelas juga sangat memainkan peranan yang penting untuk menarik fokus dan minat anak. Di Excel Qhalif kelas kami direka dengan suasana yang selesa untuk anak belajar dan dibantu oleh ‘interactive learning’ yang mudah untuk anak faham apa yang diajar.

c) Alatan bantu mengajar – Alatan montessori seperti ‘basic stepping’, ‘lacing cards’, ‘bolts and nuts’ dan banyak lagi digunakan untuk melatih kesemua deria anak untuk menajamkan kemahiran motor mereka. Melalui penggunaan alatan ini anak yang masih lemah dan tidak pandai memegang pensil contohnya akan dibentuk otot tangan mereka ke arah kekuataan otot cengkaman.

d) Latihan fizikal – Kami juga menekankan latihan fizikal yang dipanggil ‘warming-up session’ dan ‘brain gym’ untuk memberi regangan otot badan kepada anak sebelum pembelajaran bermula. Sesi ini sangat penting untuk memberi isyarat ‘body activate’ dan seterusnya menghantar isyarat aktif ke otak mereka. Melalui regangan ini otak mereka mula bersedia untuk menerima segala input yang diberi dengan fokus.

e) Bermain Yang Terancang – Sesi ini kami namakan sebagai ‘Active Play’, yang juga termasuk dalam 1 jam kelas. Kami percaya anak belajar melalui bermain. Banyak daripada ibubapa mulanya beranggapan bahawa anak mereka tidak mendapat apa-apa melalui bermain. Namun tanggapan mereka itu salah apabila mereka sendiri yang menjadi saksi dan memberi respon positif kepada kami bahawa anak mereka belajar banyak perkara terutama penggunaan bahasa inggeris yang baik berbanding jika mereka menghantar anak mereka ke taska.

Antara testimoni pelajar kami…

Jangan lupa, ibubapalah guru terbaik buat seorang anak. Bukan hanya di sekolah mereka belajar, namun dalam rutin seharian kita bersama mereka juga boleh mengajar mereka. Lebih banyak tips dan teknik akan dikongsikan di dalam kelas kami nanti.

Ibubapa yang berilmu merasakan lebih mudah mendidik anak, jadi kita juga perlu belajar dari semasa ke semasa untuk menjadi terbaik buat mereka.

Sesungguhnya mendengar dengan baik itu merupakan sebahagian daripada pembelajaran yang berkesan terhadap anak.

Salam SayangTeacher Ayu

VIDEO TIP: Cara Tangani Anak Pemalu oleh Teacher Ayu

BERITA BAIK, kini pihak Excel Qhalif membuka penyertaan kepada ibubapa semua untuk‘test-run’ kelas kami dengan menyertai TRIAL CLASS kami yang masih terbuka sekarang. Untuk penerangan lebih lanjut, klik banner di bawah ini.Semoga berjumpa di kelas bersama saya nanti.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This