Sudah lama saya tidak menulis. Alhamdulillah minggu ini saya berkelapangan sedikit untuk berkongsi info buat bacaan ibubapa. Anak lambat bercakap bukan lagi perkara asing di zaman ini. Sebagai ibubapa kita perlu peka dengan perkembangan dan kebolehan bahasa anak kita. Bagi ibubapa yang ingin merangsang anak bertutur, sebaiknya anda perlu ketahui tahap komunikasi mereka terlebih dahulu. Untuk tujuan tersebut, saya cadang dapatkanlah nasihat dari pakar (Speech Language Therapist-SLT) di hospital atau di pusat terapi di Excel Qhalif.
Walau bagaimanapun merangsang anak bercakap adalah satu kemestian, tidak kira apapun tahap kebolehan komunikasi mereka mahupun umur. Sekiranya anak anda hanya boleh sebut sepatah perkataan sahaja. Rangsang mereka membina ayat pendek terlebih dahulu seperti 2 patah atau 3 patah perkataan. Begitu juga jika mereka hanya boleh memberi bahasa badan (body gesture) atau pointing; rangsanglah mereka untuk mengenali dan menyebut satu persatu perkataan. Jangan gelojoh dan memaksa mereka.
Teknik 4S ini insyaAllah boleh membantu ibubapa merangsang bahasa anak sekiranya anak anda seperti di atas. Mahupun begitu teknik ini mesti diaplikasikan bersama teknik asas komunikasi yang pernah saya kongsikan dahulu. >KLIK SINI<
1) SAY LESS / SIMPLE
Gunakan perkataan yang pendek, mudah apabila bercakap dengan anak. Perkataan tunggal mudah difaham dan diingat oleh anak. Juga mereka boleh mudah meniru perkataan itu dalam kadar yang singkat.
Contoh :
SALAH – “Sofia kena pakai kasut ni sebab dah nak pergi sekolah ni, mama nak cepat.”
BETUL –“Sofea pakai kasut” tunjuk ke arah kasut dan setelah kasut dipakai, katakan pula “Jom pergi sekolah”
2) STRESS THE WORDS
Tekankan perkataan yang ingin dicakap. Contoh, ‘Air ni panas’. Perkataan yang perlu ditekankan ialah ‘Air’ dan ‘Panas’. Supaya anak kita juga mampu mengenali situasi panas dan menggabungkan perkataan. Jadi untuk kedua perkataan itu, kita perlu tekankan lebih sikit untuk dapatkan perhatian anak. Gunakan suara yang jelas dan sedikit kuat untuk nyatakan penekanan di situ.
3) Go SLOW
Kurangkan kecepatan perkataan kita apabila bercakap dengan mereka untuk beri mereka masa untuk faham apa yang kita cakap.
Contohnya; perkataan ‘buka’, kita boleh cakap dalam kadar yang perlahan : “bu-u-ka”. Kita boleh pause juga perkataan itu untuk bagi dia mencuba untuk menyambungnya. Selalunya, interaksi menyanyi lagu seperti ‘twinkle-twinkle little star’ atau ‘insy winsy spider’ adalah lagu yang baik untuk perkembangan bahasa anak.
Contoh : “Twinkle twinkle little ….. (pause) s-tar !”
4) SHOW
Anak lebih mudah belajar bercakap apabila mereka nampak apa yang mereka tengah cakapkan. Buku, alatan permainan bertindak sebagai ‘visual helper’ pada anak untuk mereka bercakap ikut situasi yang mereka nampak.
Visual helper seperti pointing, body gesture membantu anak untuk kaitkan antara perkataan yang kita cakap dan pemahaman mereka. Mereka perlu faham dahulu sebelum boleh bercakap apa yang mereka ingin katakana.
Tolong elakkan aktiviti yang ‘memaksa’ mereka untuk menghafal seperti dalam kebanyakkan apps di tablet/hp.
Contoh situasi : Letakkan losyen di tangan anak dan juga di tangan anda. kemudian sapu rata dikedua belah tangan sambil berkata “Sapu…” Lakukan ia dengan tunjukkan demotrasi supaya anak anda mengenali perkataan dan tindakan sapu. Kita tidak mahu mereka mengahafal tetapi juga faham.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dipraktikkan oleh ibubapa di rumah.
Teacher Ayu
Pengasas Excel Qhalif
Excel Speech Program
Untuk pertanyaan lanjut tentang Excel Speech Program (sesi one to one) dan membuat temujanji terapi atau mendapatkan khidmat nasihat. Boleh hubungi:
*****
Salam,anak saya sdh 3thn.tp blm tahu bckp.dia fhm apa yg kta bgtau.cma ckp tu blm.mnyebut sukati diala.xtau apa yg dia bgtau.blh dptkn tips mbntu ank sya
wasalam, apa perkembangan anak puan sekarang ya?
Anak sy berumur 13thn. Mempunyai masaalah speech delay dari umur 3thn. Telah di bawa ke speech therapist dari umur 5-7thn. Sekolah Rendah di Aliran Perdana. Boleh membaca tapi menghadapi masaalah pemahaman. Masih menghadapi masaalah pertuturan seperti penggunaan perkataan yg sesuai dan penyusunan ayat. Sekrg belajar di Prog Pendidikan Khas Integrasi di Sek Men Kebg.
Masihkah ada peluang utk dia ikuti program speech therapy di tempat Puan dlm usia yg begini(13thn)?
Salam untuk berumur 5tahun boleh ke?