“Adakah anda menghargai anak anda?” Pastinya ada yang akan berkerut dahi. “Hargai anak saya? Bergurau ke? Kami telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk jalani proses kesuburan, mengandung dan sebagainya bagi mendapatkan cahaya mata ini. Sudah pasti, kami hargai mereka.” Emm.. memang ada benar apa yang dikatakan. Hari ini saya ingin berkongsi mengapa dan bagaimana anda boleh menghargai simanja anda.

Mengapa kita harus menghargai mereka?:-


1) Anda terpilih menjadi ibu bapa – Bukan semua orang mempunyai peluang untuk melahirkan dan menimang zuriat sendiri. Peluang ini juga tidak datang dengan mudah. Kadangkala anda perlu sabar menunggu bertahun-tahun untuk mempunyai zuriat sendiri. Tambahan pula, dengan kelahiran zuriat ini pastinya mengukuhkan lagi hubungan anda suami isteri dan pembawa rezeki kepada anda sekeluarga.

2) Mereka satu dalam berjuta – Daripada berjuta-juta sperma yang berjuang untuk hidup, 200 yang berjaya melekat di rahim anda dan hanya satu sahaja berjaya disenyawakan. Dalam erti kata lain, anak anda merupakan seorang pemenang dan berjuang untuk hidup bersama-sama anda.

3) Mewarisi genetik – Perhatikan bentuk mata, muka ataupun rambut mereka, pastinya ada yang seiras dengan anda. Hargailah mereka sepertimana anda ingin dihargai. Mereka sebenarnya mewakili anda untuk generasi akan datang.


4 Cara untuk menghargai mereka.

1) Pamer kasih sayang – Peluk dan cium kepala atau pipi mereka apabila keadaan sesuai. Ucapkan sekali “Mama sayang Nurul”. Anak-anak seawal usia 2 tahun sudah mula mengerti dan merasai ‘aura’ kasih sayang yang anda keluarkan. Ia mewujudkan trust-bonding antara anak dan anda. Apabila trust-bonding ini wujud, ia memudahkan anda membimbing mereka.

2) Berikan mereka pujian – Puji dan ucapkan terima kasih apabila mereka berjaya menghasilkan sesuatu perkara walaupun ianya sekadar mengemas barang permainan setelah habis bermain. “Pandai anak mama ni”. Sesungguhnya ucapan itu merupakan suntikan semangat keyakinan dalam diri anak anda tanpa anda sedari. Mereka akan rasa ingin buat lagi dan lagi perkara yang baik untuk mendapatkan perhatian dari anda. InsyaAllah dengan cara ini self-esteem atau keyakinan diri mereka mudah dibina.

 

 

3) Jika salah katakan salah – Perkara ni agak memeningkan kepala ibubapa hari ini. Anak -anak sangat terdedah dengan pelbagai pengaruh luar. Jika salah perbuatan mereka, tegurlah. Bagi anak yang berumur 5 tahun ke atas, anda sudah boleh beritahu mereka kenapa perkara yang mereka buat itu salah. Inilah pentingnya trust-bonding diwujudkan dari awal usia mereka. Hargai mereka tidak bermaksud memanjakan tanpa rasional. Bimbingan betul juga adalah salah satu cara anda menghargai mereka.

4) Berikan mereka ruang dan masa – Pelbagai cara yang mudah dan santai boleh dilakukan untuk kita menghargai mereka. Melayan persoalan mereka, bermain bersama-sama di rumah akan membuatkan anak anda merasa diri mereka dihargai. Masa kecil mereka ini tidak akan kembali, maka gunakanlah dengan sebaik mungkin.

Sebagaimana yang kami lakukan dalam kelas playgroup. Setiap kali selesai menghasilkan kraftangan, anak-anak ini akan bawa hasil kerja mereka kepada saya. Saya akan mula bertanya pada semua ibubapa yang hadir ”Cantik tak hasil kerja Balqis?”. Serentak mereka menjawab “Cantik!! It’s good!!”. Dari raut wajah anak-anak ini, saya dapat lihat, mereka telah mula rasa yakin, hebat dan dihargai. Alhamdulillah, memang menjadi kepuasan kepada saya untuk melakukannya setiap minggu.

-Gambaran suasana kelas

Kami berpeluang belajar, mewarna, bernyanyi, bercerita dan membaca doa bersama-sama mereka. Ruang yang diberi ini sekaligus dapat menjadikan platform terbaik kepada saya dan ibu bapa dalam usaha menghargai anak-anak ini. Tambahan pula, kewujudan rakan sebaya dapat melatih diri mereka untuk berinteraksi , bersosial dan bekerjasama. Pastinya keadaan seumpama ini tidak boleh diperolehi di rumah.

Kehadiran saya sebagai guru dan peranan ibubapa membantu merangsangkan suasana kelas. Saya sendiri tidak sabar menunggu setiap hujung minggu bersama mereka.

Sehubungan itu, saya dan pihak Excel Qhalif berbesar hati ingin menjemput Tuan/Puan dan si manja anda ke Kelas PERCUMA ALIMkids Playgroup pada Ahad ini. Setakat ini hanya tinggal 1 tarikh sahaja lagi untuk pendaftaran percuma ini. Setiap kelas kami hanya terhadkan 15 orang sahaja. Rebutlah peluang dan alamilah sendiri kehangatan playgroup ini. Ibubapa dan si manja yang berusia dari 2 tahun ke 4 tahun dijemput hadir. Klik banner di bawah untuk ketahui jadual, lokasi dan berdaftar. InsyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi dengan perkongisian lain pula. Terima kasih dari saya. 🙂

Pin It on Pinterest

Shares
Share This