Assalamualikum dan salam sejahtera,
Bertemu kita lagi pada edisi kali ini semoga para pembaca sekalian masih ingat lagi tentang adakah Playstation, X-Box, internet game mampu menyumbang kepada self esteem dan kendiri positif mereka pada coretan saya yang lalu. InshaAllah saya akan huraikan satu persatu untuk memberi gambaran yang lebih tepat pada ibu-ibu sekalian.
Tentunya secara menyeluruh permainan seperti Playstation, X-Box, internet games dan sebagainya menyumbang pengaruh yang negatif terhadap psikologi dan tindak balas perangai anak-anak. Kebanyakkan nilai yang diadun didalam setiap permainan itu memaparkan unsur-unsur keganasan, peperangan, seksualiti yang melampau dan banyak nilai faedah yang tidak berkualiti. Sebagai contoh permainan gusti WWF, Bully,Big Mania dan sebagainya. Masa akan banyak dihabiskan untuk keseronokkan semata-mata tanpa memberi sebarang nilai positif dan proses pembelajaran kepada mereka. Kecenderungan mereka untuk mengaplikasi setiap permainan itu ke alam realiti juga amat tinggi dan ini akan menjadi faktor utama menyebabkan keruntuhan nilai moral dan akhlak anak-anak masa kini. Di sebabkan umur mereka yang masih mentah, mereka tidak dapat membezakan yang mana positif dan yang mana negatif.
Sebagai alternatif, ibu bapa haruslah bijak dan selektif dalam menghidangkan makanan minda yang sihat kepada anak-anak di samping memenuhi keinginan mereka. Menurut kajian pakar, pendekatan permainan bermain sambil belajar (edutainment) dapat meningkatkan keupayaan self esteem dan kendiri positif anak-anak secara tidak langsung. Ia mampu membakar semangat ingin tahu di dalam diri mereka serta melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan di samping masih dalam proses pembelajaran.
Kebanyakan permainan sambil belajar ini dapat membantu anak-anak dalam mencetus pemikiran secara kritis dan kreatif melalui penerokaan dan penemuaan idea-idea baru . Kewujudan program seperti ‘Playgroup School’ merupakan antara platform yang terbaik bagi para ibu bapa memanfaatkan kualiti masa anak-anak yang masih kecil. Anak-anak akan diajar menari, menyanyi, membaca sirah dan doa di dalam program ini. Program yang dapat menyalurkan ilmu dan pembelajaran dalam medium yang santai dan menyeronokkan dan seterusnya dapat meningkatkan daya kognitif mereka sedari awal.
Daya kognitif ini adalah seperti bahasa dan ucapan yang diajar, bunyi–bunyian daripada video dan lagu, dekorasi dan gambaran kartun karakter yang mereka sukai. Saat bermain permainan yang mencabar sememangnya dapat meningkatkan daya kognitif dan kemahiran kerja tangan anak–anak anda. Pembangunan kognitif anak-anak bermula sewaktu anak itu dilahirkan di mana 100 bilion sel otak telah tercipta. Para saintis sependapat bahawa otak memperoleh maklumat yang paling banyak dalam tahun pertama anak di mana 75% perkembangan otak terjadi. Lebih awal daya kognitif ini di asah lebih cepat minda mereka berkembang dan lebih mudah memahami sesuatu pembelajaran.
Saya harap para ibu dan bapa dapat gambaran jelas bagaimana permainan-permainan interaktif masa kini dapat memberi kesan kepada pembangunan diri dan minda anak-anak anda. Jangan tersalah pilih ya! Jangan lupa untuk bertemu lagi di edisi yang seterusnya tentang bagaimana para ibu bapa dapat membantu menajamkan daya kognitif bagi anak-anak mereka sedari mereka melihat dunia.
Bersama ini saya sertakan satu video untuk tatapan bersama. Mereka adalah wakil anda untuk generasi akan datang. Sokong mereka dan sayangilah mereka dengan cara yang betul :). Saya mengambil kesempanan ini menjemput tuan dan puan menghadiri Prebiu PERCUMA ALIMKids Playgroup yang bakal diadakan pada 25hb Jun 2011 ini di Bangi.Ia terbuka untuk anak-anak antara 2 hingga 4 tahun. Pihak kami akan sediakan aktiviti menarik untuk anak anda sertai. Segala keterangan lanjut dan buat pengesahan pendaftaran/penyertaan di web – >KLIK SINI<.
InsyaAllah jumpa lagi akan dengan perkongsian ilmu dari kami. Take care, wasalam 🙂
anak-anak merupakan aset yg sgt bernilai, penerus warisan, penerus perjuangan demi agama bangsa dan negara
kanak-kanak memerlukan “tools” pemangkin minda untuk meransang tumbesaran otak dan kecerdasan fiziikal jadi kita perlu bijak memilih “tools” yang bagaimana harus di transform kan ke dalam otak,dan jiwa kanak-kanak..sama-sama kita fikir kan dan selamat beramal.
Pemilihan permainan kanak-kanak sangat penting bagi menjamin keselamatan dan peningkatan kemahiran kognitif kanak-kanak. Ibu bapa harus mempunyai pengetahuan yang baik dalam memilih permainan kanak-kanak agar ia memberikan kesan yang positif untuk anak-anak.
perkembangan awal kanak kanak dipengaruhi oleh apa yang ada disekeliling mereka….mereka juga belajar dari apa yang mereka lihat, pegang, main, rasa dan sebagainya….jadi sbg ibu bapa, pemilihan alat permainan yang bersesuaian utk anak anak anda adalah sgt penting kerana ianya akan mempengaruhi minda anak anak itu sendiri….
Anak-anak adalah warisan si ayah dan ibu untuk terus menjadi generasi yang berwibawa. Zuriat yang baik adalah hasil daripada didikan yang baik.
Kehadiran insan yang bernama anak di dunia ini akan memberikan nilai dalam kehidupan. Sesungguhnya, anak adalah penerus kepada pemangkin pembangunan sesebuah negara.
satu cabang pendidikan yang perlu diambil kira. bermain sambil belajar.perkembangan minda anak-anak perlu diasah dari awal bagi membentuk peribadi yang indah. asas yang kukuh mampu membina peribadi yang teguh!
kanak-kanak dan permainan tidak dapat dipisahkan. permainan merupakan satu alat pembelajaran kanak-kanak yang pertama.
Permainan inilah yang akan membina daya kreativiti kanak-kanak sekaligus mempengaruhi cara pemikiran kanak-kanak
Assalamualaikum,
Terima kasih tidak terhingga pd setiap komen-komen yg diberikan. Saya harap program yang dianjurkan oleh pihak Excel Qhalif ini memberi manfaat kpd setiap ibu bapa muda di luar sana dan membuka mata (eye-opener) dikalangan orang awam bahawa pentingnya pendidikan awal kanak-kanak yang berteraskan ketuhanan dan permainan dlm pembelajaran (edutainment).
InshaAllah,dengan izinNya semoga anak-anak anda semua menjadi PERMATA NEGARA pd masa akan dtg.
Wasalam.
Pendidikan awal kanak-kanak sememangnya penting, sehingga pendidikan ini diajar di universiti contohnya di UPSI. Dengan adanya pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak yang Islamik, sudah tentu bermanfaat bagi ibu bapa menghantar anak mereka ke sini.
Permainan yang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak sangat penting. Pendekatan yang sesuai akan dapat membina pembesaran otak kanak-kanak dengan baik dan sebaliknya. Maka ibubapa harus berhati-hati dalam memilih jenis mainan yang sesuai untuk anak mereka
ibubapa tidak boleh lagi membeli mainan sambil lewa untuk anak mereka kerana alat permainan sekarang boleh menjadi salah satu punca anak-anak mereka tercedera.
Anak2 adalah aset berharga. Kita yg mencorakkannya, jadi berilah yg terbaik untuk anak2 kita. Zaman teknolog, anak2 cepat mengerti jadi kitalah pembimbing agar ia menjadi seperti yg diharapkan..
memng cara dan sangat positif yg perlu dcari..untuk masa depan ank2 kita bangsa dan agama…pengetahuan ni mmg patut d’umum kn 1malaysia 1 dunia….
permainan yg mengandungi unsur ganas sepatutnya tidak dijual kepada yg bawah umur. kanak @ remaja akan terpengaruh dan menganggap keganasan adalah cara penyelesaian masalah dan konflik.
adalah perlu memilih permainan yg selamat utk anak2 kita. permainan seperti monopoly , jenga baik kerna menjana daya kreativiti anak2..
kanak-kanak ibarat kain putih. oleh itu, dari segi aspek memilih barang permainan merupakan satu cara mendidik mereka kerana golongan ini berupaya belajar benda yang baru dengan lebih cepat..info yang sangat membantu.
Ibubapa haruslah peka dengan keselamatan permainan yg dibeli utk anak2. Bahan2 yg digunakan juga perlu diteliti. Jangan hanya cantik di mata tapi bahaya mengundang di kemudian hari. Sicomel kita tidak mengerti apa itu BAHAYA, justeru kita sebagai penjaganya perlu prihatin dari segenap aspek. Layarilah internet utk mencari jenis2 permainan yg sesuai utk anak2 anda sesuai dengan peringkat usianya.