Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar sidang pembaca sekalian? Sudah mengisi perut yang kosong itu bersama kaum keluarga anda? Nah, dikeluaran kali ini saya ingin menguatarakan maklumat dan info-info penting berkaitan tabiat pemakanan kita seharian dan terutama bagi si kecil anda.

Anak yang aktif dan bijak adalah impian semua ibu bapa. Melihat mereka membesar secara sihat merupakan satu kepuasaan yang tak ternilai. Bagi mereliasasikannya,perkara utama yang paling penting perlu dilakukan ialah memastikan anak anda mendapat makanan yang berkhasiat. Hidangan yang sihat antara elemen penting dalam membantu perkembangan otak anak anda.

Ikan salmon misalannya, kaya dengan kandungan Omega 3,DHA dan EPA. Semua bahan ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan fungsi otak anak anda. Kesannya,anak anda akan lebih fokus ketika belajar dan berfikiran tajam.

Selain itu, telur merupakan makanan yang paling senang didapati dan murah. Kuning telur bagus untuk perkembangan otak anak anda dan pada masa yang sama membantu proses pembelajaran. Sayur-sayuran pula lain ceritanya. Sayuran seperti bayam, sawi, tomato, brokoli dan lobak merah merupakan antara musuh ketat anak-anak. Mereka akan menggunakan berbagai alasan dan cara bagi mengelak memakan makanan tersebut,walhal sayuranlah menyumbangkan kadar vitamin dan serat  yang tinggi kepada mereka.

Jelas kelihatan bahawa pengambilan makanan yang berkhasiat terhadap anak anda merupakan factor terbesar menyumbang kepada kadar kepantasan tumbesaran dan perkembangan tubuh mereka terutama minda mereka. Anak-anak yang diberi makanan yang bernutrisi lebih bijak di dalam kelas, berstamina dan kurang menghidapi demam dan selsema.

Saya harap perkongsian saya kali ini dapat membantu para ibu untuk menyediakan menu yang berkhasiat kepada anak-anak anda. Insha Allah dengan makanan yang sihat yang seimbang akan member mereka kandungan vitamin dan mineral yang cukup bagi tumbesaran mereka. Jangan di lupa juga, air tangan si ibu juga mempunyai kandungan enzim terbesar yang sangat berkhasiat secara semulajadi. Tiada jual di pasaraya tau ! 🙂
Saya mohon diri dahulu dan bertemu lagi kita di keluaran yang akan datang. Salam hormat dan jumpa lagi.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This