Assalamualikum dan salam penuh keceriaan.

Tidak terlambat sekiranya saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir & Batin” kepada sidang pembaca sekalian. Mesti saudara sekalian sibuk mengunjungi jemputan ‘Rumah Terbuka’ pada hujung minggu. Bak kata pepatah, rezeki jangan tidak tolak, maut jangan dicari. Hihi.. Betul tak ? Syukur alhamdulilah, pada Sabtu yang lalu iaitu pada 10 September telah bermula sesi pembelajaran bagi anak-anak ALIMKids Playgroup bagi Modul Ke-2. Sedikit rumusan yang dapat saya kongsikan di sini tentang topik pembelajaran di dalam Modul Ke-2 ini ialah berkenaan nilai kekeluargaan Islam dan bagaimana anak-anak dapat menghargai anggota keluarga mereka.

Suka saya ingin berkongsi pada edisi kali ini, perjalanan kelas pertama bagi Modul Ke-2 dengan para ibu bapa yang dikasihi sekalian. Bertemakan “I Love Mummy” pada kelas baru-baru ini bukan sahaja dapat mengeratkan nilai kasih sayang diantara si ibu dan anak malah memberi pendedahan kepada si anak bahawa menghargai kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu mereka dengan berkata, “Thank you, mama” dan “Thank you Allah, for my mummy”.

Yang lebih menarik pada kelas baru-baru ini, di sesi ‘Art & Craft’ anak-anak diajar untuk membuat hadiah istimewa untuk diberi kepada ibu mereka. Hasil kraf yang sangat tidak ternilai itu adalah ‘Flower Crown for Mummy’ yang lahir daripada tangan si kecil anda sendiri. Sangat menakjubkan!

Di bawah ini saya kongsikan gambar hasil kerja anak kecil yang berjiwa besar pada sesi kelas yang lalu. Sangat kreatif bukan ?

Semoga nilai kasih sayang yang dipupuk masa setiap kelas kami ini akan mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah dimasa hadapan.InshaAllah, bertemu nanti lagi kita nanti pada edisi yang akan datang dan semoga anda berbahagia disamping keluarga tersayang.

Salam hormat dari saya dan jumpa lagi.

Excel Qhalif menjemput tuan/puan dan si manja anda ke Kelas PERCUMA ALIMkids Playgroup yang berlangsung hampir setiap hujung minggu. Ruangan kelas ini diadakan khas untuk anak anda mengalami sendiri modul kami. Disamping perolehi hujung minggu yang berkualiti bersama anak-anak, si manja juga mendapat ilmu, berinteraksi dan bersosial secara sihat. Ibubapa dan si manja dari usia 2 ke 4 tahun dijemput hadir. Bukan untuk orang lain tetapi untuk anak anda. InsyaAllah. Klik banner di bawah untuk ketahui jadual, lokasi dan daftarlah sekarang!

Pin It on Pinterest

Shares
Share This