Assalamualaikum dan salam sejahtera,
“Siapa yang menciptakan buah epal ini sayang?” Anak-anak kecil menjawab dengan sebulat suara “ALLAH !” Kemudian saya bertanya, “Jadi kita patut ucap apa pada Allah sayang?” “Alhamdulilah, thank you Allah”, jawab merentak serentak dan yakin. Jelas kelihatan senyum meleret dibibir mereka semua. Nampak sangat mudah dan simple bukan bagi kita yang sudah dewasa? Tetapi, percayalah ianya ibarat bekalan ilmu yang tidak berpenghujung bagi sikecil anda.
Ucapan syukur ke hadrat Illahi itu diterapkan didalam setiap sanubari anak-anak bagi membimbing nilai spiritual dan emosi mereka. Mereka dilatih untuk selalu ingat Allah seperti apabila berasa gembira, ucaplah Alhamdulilah selain ucapan terima kasih ataupun thank you. Kita biarkan mereka merasa wujudnya Allah itu disetiap sudut kehidupan mereka.
Peniru yang hebat
Simanja anda boleh diibaratkan kecil-kecil cili padi kerana mereka merupakan seorang ‘peniru’ yang hebat. Lihat sahaja bagaimana mereka cepat meniru gaya superhero yang mereka gemari. Mereka juga cepat mengikut segala apa tutur kata yang mereka dengar daripada perbualan anda dengan keluarga sekeliling. Tanpa diajar! Itulah, keajaiban makhluk ciptaan Allah ini. Ransangan kelima-lima deria mereka sangat sempurna. Mata untuk melihat, hidung untuk menghidu, telinga untuk mendengar, mulut dan kulit untuk merasa sebarang makanan dan sentuhan.
Jadi, sebarang unsur ataupun aksi yang tidak baik haruslah bebas daripada pengetahuan anak-anak. Ibu bapa merupakan sepasang ‘role-model’ yang semulajadi bagi mereka. Walaupun pendekatan ilmiah seperti ungkapan syukur alhamdulilah itu boleh diajar dirumah, tetapi disebabkan hubungan darah daging antara si ibu dan anak itu boleh membuatkan anak-anak jadi tidak serius, enggan malah menjadi tidak selesa. Mereka lebih suka untuk bermanja dengan si ibu atau bapa bukannya belajar.
Kewujudan seorang guru ataupun teacher serta kawan-kawan baru, sedikit sebanyak akan menimbulkan rasa ingin ikut sama belajar dan melakukan apa yang disuruh. Pendekatan program Playgroup kami juga lebih kepada praktikal iaitu dengan nyanyian,lukisan,bercerita kisah tauladan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti tersebut lebih memfokuskan keyakinan diri anak-anak serta kebolehan bersosial dalam berinteraksi dan bergaul dengan orang sekeliling. Hasilnya, ianya akan melenyapkan ‘trauma’ dan perasaan takut yang mereka alami apabila memasuki ke alam pra sekolah nanti, insha’Allah.
Semoga kita berjumpa lagi lain waktu, semoga anda sekeluarga sentiasa dirahmati Allah dan saya tinggalkan anda dengan pepatah ini, benih yang baik itu, jika dicampak ke laut ianya menjadi pulau, menjadi bintang dan angkasa jika dicampak ke langit.
Salam hormat dan jumpa lagi. 🙂
Excel Qhalif menjemput tuan/puan dan si manja anda ke Kelas PERCUMA ALIMkids Playgroup yang berlangsung hampir setiap hujung minggu. Ruangan kelas ini diadakan khas untuk anak anda mengalami sendiri modul kami. Disamping perolehi hujung minggu yang berkualiti bersama anak-anak, si manja juga mendapat ilmu, berinteraksi dan bersosial secara sihat. Ibubapa dan si manja dari usia 2 ke 4 tahun dijemput hadir. Bukan untuk orang lain tetapi untuk anak anda. InsyaAllah. Klik banner di bawah untuk ketahui jadual, lokasi dan daftarlah sekarang!