Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Susu ibu jika digunakan sepenuhnya, ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di negara-negara yang membangun.

Mengapa ingin mencari susu formula sedangkan susu ibu adalah percuma? Malah, terdapat pelbagai manfaat susu ibu ini jika dibandingkan dengan susu lembu dan sebagainya. Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga  berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.

Tahukah anda bahawa, sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda dan bayi.  Hubungan rootingreflex (mencari-cari payudara) membuat bayi anda lebih peka dengan persekitaran sekeliling dan dapat  mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama.

Antara kelebihan penyusuan ibu dalam tumbesaran dan kesihatan bayi anda ialah :

1) Sistem Imunisasi

Sistem imunisasi yang sangat baik berikutan kandungan susu ibu yang mengandungi antibodi dan vaksin semulajadi yang baik untuk bayi. Ini juga dapat mengurangkan risiko kanser terhadap pada zaman kanak-kanak.

2) Sistem Endoktrin

Dapat mengurangkan kadar penyakit diabetes

3) Sistem Penghadaman

Bayi anda akan kurang mendapat cirit-birit. Jika diberi susu ibu sehingga 6 bulan atau lebih secara eksklusif, boleh mengurangkan risiko alergik kepada makanan. Ini juga dapat mengurangkan penyakit ulcerative colitis apabila mereka dewasa kelak

4) Sistem Penafasan

Bayi-bayi yang mendapat penyusuan ibu kurang mengalami nafas berbunyi, kurang selsema dan kurang phenomia.

5) Sistem Rasa 

Rasa susu ibu yang pelbagai membuat bayi lebih menerima pelbagai jenis makanan apabila bayi anda mula makan makanan pejal nanti. Bayi juga akan lebih seronok dengan rasa susu ibu yang pelbagai berbanding dengan susu formula yang mempunyai rasa yang sama setiap masa.

6) Sistem Sendi dan Otot

Bayi anda akan mengurangkan mendapat penyakit otot dan mempunyai perkembangan otot muka yang baik. Penglihatan mereka lebih tajam dan kurang mendapat sembelit.

7) Sistem Jantung dan Buah Pinggang

Bayi anda akan mempunyai kadar kolestrol dan degupan jantung yang rendah seterusnya dapat mengurangkan serangkan jantung apabila dewasa kelak. Kandungan garam dan protein yang minimum juga membantu proses pencernaan oleh buah pinggang bayi anda.

8 ) Sistem Intelektual

Terdapat sejenis kolestrol dan lemak lain di dalam susu ibu dapat membantu meningkatkan sistem IQ bayi anda dengan pertumbuhan tisu saraf yang baik.

Susu ibu merupakan antara makanan lengkap yang terbaik bagi bayi anda dan susu ibu lengkap dengan kandungan air yang diperlukan oleh bayi anda. Mereka tidak memerlukan makanan dan minuman tambahan sebelum mereka berumur 6 bulan.

Susuilah bayi anda sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam hari. Teruskan memberi penyusuan kepada bayi anda sehingga mereka mencapai usia 2 tahun. Selain dapat megurangkan risiko penyakit dan kematian di kalangan bayi, penyusuan ibu ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Hargailah anak anda dengan memberi mereka makanan yang terbaik anugerah daripada Allah S.W.T ini. Selamat menyusu !

==============================================================================

Berita baik bagi yang berminat untuk menyertai kelas EQ Playgroup, kerana kami mengadakan sesi Kelas PERCUMA setiap Sabtu .

Klik link di bawah untuk mendaftar.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This