Melatih anak-anak menggunakan tandas sama seperti melatih mereka untuk membaca. Apabila mereka sudah bersedia, mereka akan mempelajarinya.

Dan tiada seorang pun yang daripada kecil sehingga mencapai usia 21 tahun secara semulajadi tahu membaca atau ke tandas.

Kebanyakkan penyebab ‘kegagalan’ dalam melatih anak-anak ke tandas apabila terlalu awal didedahkan. Menyuruh anak-anak berdikari ke tandas sebelum mencapai usia 2 tahun adalah tindakan yang tidak wajar. Malah akan terdedah kepada kecedaraan.

Kerisauan para ibu bapa pada keupayaan anak mereka untuk berdikari ke tandas apabila mereka perlu di hantar ke tadika ataupun prasekolah yang mensyaratkan agar setiap murid ‘bebas’ daripada pampers.

Cara mengatasinya

Kebanyakkan kanak-kanak berasa tidak selamat apabila duduk di atas tandas orang dewasa. Jadi penggunaan ‘potty-chair’ sangat membantu mereka.

Jadikan penggunaan ‘potty chair’ sebagai salah satu tingkah laku baharu mereka. Berikan mereka galakkan serta pujian setiap kali mereka belajar menggunakannya. Berjaya atau tidak itu belakang kira.

Sekiranya anak-anak yang masih tidak petah bercakap untuk memberitahu mereka ingin ke tandas, ajari mereka menggunakan bahasa tubuh. Misalannya, ‘tutup hidung’ dengan ekspresi wajah menjengkelkan apabila berbau busuk boleh membantu.

Dengan ini, isyarat pergerakan tubuh si ibu atau penjaga dapat membantu menghantar mesej kepada anak-anak ‘masa’ untuk ke tandas sudah sampai !

Bertenanglah…

Anak kedua selalunya lebih mudah diajar menggunakan tandas daripada anak sulung kerana mereka mempunyai ‘role-model’ atau contoh untuk ditiru. Kebanyakkan ibubapa juga lebih bertenang tentang isu ini pada anak kedua dan seterusnya.

Dorongan dan Galakan 

“Oh tak mengapa sayang, lain kali lari laju sikit ya”, apabila mereka ‘gagal’ dalam misi membiasakan diri ke tandas. Lama-kelamaan mereka akan semakin efektif menggunakannya.

Jadi ibubapa perlu sabar dan ceria selalu dalam menangani masalah ini. Jadikan waktu ke tandas antara momen gembira anak-anak anda. Masa akan mematangkan mereka.

**************
Berita baik bagi yang berminat untuk menyertai kelas EQ Playgroup, kerana kami mengadakan sesi Kelas PERCUMA setiap Sabtu sementara masih ada kekosongan tempat.

Klik link di bawah untuk mendaftar.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This