Sebelum kita pergi kepada topik, jom kita bertenang sekejap. Kemudian toleh sekeliling, berapa banyak alatan yang kita miliki tetapi tidak pernah pun kita terfikir akan ciptaan dan rekaannya sebelum ini? Banyak juga kan? Kita beli ia sebab kita minat dengan rekabentuk dan keunikannya; ataupun fungsinya. Tokoh saintis terkemuka dunia pernah berkata;
“Imagination is more important than knowledge” -Albert Eistien
Tengok sahajalah telefon bimbit kita; dahulunya hanya boleh guna untuk menelefon dan sms tapi sekarang artikel ini pun boleh dibaca melaluinya. Tidak keterlaluan dikatakan, tanpa imaginasi mungkin tiada benda baru bakal tercipta. Keupayaan ‘mencipta’ adalah fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Tetapi ia mestilah bermula dengan imaginasi.
Adakah imaginasi membantu kepada kejayaan anak-anak?
Jawapannya YA. Menurut kata dari Dorothy Singer ; penulis buku The House of Make Believe: Children’s Play and the Developing Imagination, majoriti anak-anak yang secara aktif menggunakan imaginasi akan lebih mudah bergaul dan bekerjasama dengan rakan yang lain, cepat dalam menyelesaikan masalah (problem-solving) dan ternyata lebih kreatif.
Jika diimbau kembali zaman dahulu, permainan seperti police and thief, nenek si bongkok 3 merupakan antara permainan yang memerlukan kemahiran imaginasi yang cukup digemari. Kita berupaya untuk berfantasi seolah-olah menjadi seorang polis yang menyelesaikan masalah masyarakat-ala-ala super hero gitu 🙂. Cukup menyeronokkan!
Bezanya kini, anak-anak terlalu dimuakan dengan gajet elektronik yang dimuat turun pelbagai permainan bagi mengasah imaginasi mereka, begitulah pendapat sesetengah ibubapa. Ianya tidaklah salah sepenuhnya. Ada pro dan kontra bagi setiapnya. Keterbatasan dalam permainan elektronik ini secara tak langsung menyumbang kepada permasalahan untuk anak-anak bersosial bersama rakan sebaya di sekolah kelak.
Fikirkan sejenak: Berapa peratus ilmu yang kita pelajari digunakan dalam sektor pekerjaan selepas tamat pengajian. Mungkin hanya 30 peratus sahaja. Selebihnya adalah kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerjasama dan sikap tanggungjawab.
Bagaimana imaginasi dapat membantu meningkatkan kecerdasan IQ anak-anak ?
Perkayaan penggunaan bahasa– Bercerita dan mendengar penceritaan daripada rakan yang lain akan menambah kosa kata anak-anak dan mereka berpeluang untuk mempelajari perkataan baru sebanyak mungkin.
Pemikir yang kreatif – Apabila imaginasi mereka digunakan sebaik yang mungkin di waktu kecil, kelak mereka akan membesar menjadi seorang dewasa yang kreatif serta bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan bijak mencipta dan membuat innovasi dengan pemikiran ‘di luar kotak’. Kurang mendapat tekanan– Mereka yang bijak berfantasi akan cuba keluar daripada tekanan dengan mengawal setiap permasalahan di dalam minda mereka. Mereka bijak mengalihkan situasi ke arah suasana yang lebih menenangkan.
Apa yang boleh anda lakukan?
Otak kiri akan berfikir secara logik manakala otak kanan akan proses maklumat secara kreatif. Maka, imbangi penggunanaan otak kiri dan kanan anak anda dari peringkat awal lagi. Ibubapa digalakkan bermain aktiviti berbentuk fizikal dan fantasi bersama-sama anak di rumah. Permainan seperti sock-puppets , doll ataupun lego antara permainan yang bagus melatih kemahiran imaginasi anak. Setelah selesai bermain, pastikan anda kemas barangan mainan bersama mereka.Secara tidak langsung ia membantu memupuk sikap tanggungjawab.
Jika anda memiliki sedikit kebolehan melukis, ajak mereka melukis bersama. Lukislah pokok, kucing ataupun rumah nenek. Ia sangat membantu merangsangkan memori mereka dalam bentuk gambaran. Kemahiran ini memudahkan mereka mengingati apa yang dipelajari di sekolah kelak. Misalannya mengingati huruf ‘d’ dan ‘b’, yang mana kedua huruf ini hampir sama. Selain itu, aktiviti kelas seperti playgroup antara salah satu medium pembelajaran yang memfokuskan penggunaan imaginasi anak-anak secara optimum. Kelas ini direka untuk anak 2 tahun ke 5 tahun sahaja.
Di dalam kelas ini terdapat segmen Creative Play dan Arts & Crafts merupakan platfrom terbaik bagi mengasah bakat dan imaginasi anak anda. Selain itu, ia menyediakan ruang dan masa yang berkualiti untuk anda dan anak. Lupakan seketika ungkapan ‘Anak saya tak reti lukis” atau “Anak saya tak penah pun pegang gunakan gam”; kerana di kelas ini bukanlah kesempurnaan dan cantik yang dimahukan tetapi peluang dan lahihan. Berikan mereka peluang dan ruang untuk buktikan. 🙂
Pihak Excel Qhalif berbesar hati ingin menjemput Tuan/Puan dan si manja anda ke Kelas PERCUMA Excel Qhalif Playgroup. Kelas ini menyediakan ruang masa berkualiti anda bersama anak (2 ke 5 tahun sahaja). Setiap kelas kami hanya terhad kepada 10 pendaftaran sahaja. Rebutlah peluang dan alamilah sendiri kehangatan playgroup ini.
Klik banner di bawah untuk ketahui jadual, lokasi dan berdaftar. InsyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi dengan perkongsian lain pula. Terima kasih dan salam sayang dari saya. –Teacher Ayu