Apabila anda disahkan hamil oleh doktor, perkara utama yang perlu diberi penekanan adalah ambilan diet makanan kita. Jika dulu kita kurang menitikberatkan jenis makanan yang diambil, tetapi tidak jika hamil. Kecuaian ini bakal mengundang kepada tumbesaran janin yang dikandung.

Berikut adalah senarai pilihan makanan yang berkhasiat yang perlu menjadi menu harian ibu-ibu hamil :

  • Alvocado – Buahan ini kaya dengan pelbagai vitamin seperti B6, vitamin C dan kalium yang penting kepada perkembangan otak dan sistem saraf bayi.Buah alvocado juga baik dalam melancarkan saluran pencernaan ibu hamil dan mengelakkan daripada sembelit.  Selain dimakan begitu sahaja, buahan ini juga sedap dijadikan jus minuman bagi sarapan pagi.
  • Brokoli – Sayuran hijau ini kaya dengan vitamin A, C dan tinggi dengan kalsium. Oleh itu pengambilan sayuran ini dengan kerap dapat membantu sistem imun badan dan kekuatan tulang yang sememangnya diperlukan oleh bayi dalam kandungan.
  • Kekacang – Makanan ini banyak mengandungi mineral yang penting seperti magnesium, selenium, kalsium dan kalium yang membantu ibu hamil daripada kekejangan anggota badan.
  • Kurma dan Madu – Makanan yang berasaskan sunnah ini kaya dengan zat dan vitamin yang tinggi bagi memberi tenaga yang optimum kepada ibu hamil. Ianya mampu melancarkan perjalanan darah dan kebaikkan kepada tumbesaran minda bayi dalam kandungan
  • Lobak merah – Sayuran ini kaya dengan vitamin A yang membantu dalam pertumbuhan mata, tulang dan gigi yang sihat kepada bayi dalam kandungan. Kebanyakkan wanita moden kini banyak menjadikan lobak merah seperti buah-buahan yang terus dimakan. Sup lobak merah dan sayuran yang lain juga merupakan menu yang baik untuk kehamilan.
  • Telur dengan DHA – Telor adalah salah satu makanan yang rendah kandungan protein dan kalori. Kebanyakkan telur dijual dengan tinggi kandungan DHA dan Omega-3 yang merupakan lemak baik untuk ibu hamil. Makanan ini juga baik untuk membantu pembentukan saraf retina dan otak bayi di dalam kandungan.

Justeru itu, bagi menjaga kandungan membesar dengan sihat elakkan daripada merokok bagi ibu-ibu yang merokok, makanan segera ataupun makanan yang terlalu pedas dan masam.

Bagi orang Islam, digalakkan banyak meminum air zam-zam bagi memberi kebaikkan keseluruhan kepada kandungan secara jasmani dan rohani.

Perdengarkan bayi anda dengan alunan surah-surah pilihan seperti Surah Mariam, Surah Yusuf dan sebagainya bagi memberi kekuatan kepada janin yang dikandung dan terpelihara daripada gangguan yang tidak elok.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua dan selamat melahirkan anak kelak ! 🙂

Pin It on Pinterest

Shares
Share This