Sebelum malam melabuhkan tirainya, ambillah sedikit waktu untuk menghantar gelombang atau aura kasih sayang dan penyejuk hati ke dalam diri anak-anak.

Bagi anak-anak kecil cara untuk kita memperbaiki tingkahlaku mereka cukup pada sentuhan jiwa dan aliran kasih sayang yang diberikan saat mereka masih tidur-tidur ayam pada waktu malam.

Usap ubun anak dan bisikkan kata-kata positif kepada mereka. Sebutkan nama mereka sekali. Walau nakal bagaimanapun mereka atau tidak mendengar kata, mereka tetap darah daging kita. Yang pastinya berasal dari keturunan yang baik.

Apabila kita berjaya memegang hati mereka, ianya bermakna kita berjaya memegang keseluruhan minda dan perilaku mereka. Roh mereka akan tenang dan menjadikan mereka anak yang mendengar kata.

Lakukan setiap malam sehingga ada perubahan. Sedangkan besi yang keras boleh dibengokkan, inikan pula hati manusia yang berbolak-balik. Minta pada Allah, Dia akan beri. Yang tidak menjadi apa adalah apabila kita sendiri tidak merayu dan meminta pada-Nya

Selamat malam semua,

Teacher Ayu di Excel Qhalif ♥

Pin It on Pinterest

Shares
Share This