Saban minggu saya menerima panggilan daripada para ibubapa di sekitar lembah klang mahupun negeri lain mengenai teknik terbaik mendidik anak autisme. Panggilan bukan sahaja diterima daripada kalangan ibu malah kalangan bapa juga.
Kebanyakkan lingkungan umur anak mereka sekitar usia 3 tahun dan ke atas. Mereka mula kesan simptom autisme apabila mereka membaca hasil perkongsian saya di ruangan blog pada topik autisme yang dulu.
Saya faham bahawa isu autisme terutamanya selain ADHD ( Attention Deficit Hyperactivity Disorder) atau Delay Development antara isu hangat di kalangan masyarakat sekarang. Jika boleh disimpulkan mengikut nisbah, saya kira dalam 1 : 50 atau kurang daripada itu.
Mengikut pengalaman sebagai guru playgroup dan pengamal pendidikan awal kanak-kanak, di kelas Excel Qhalif Playgroup sendiri mempunyai beberapa pelajar yang menghidapi Autisme. Tetapi bilangannya tidaklah ramai kerana takut menganggu pelajar yang lain dan saya mudah fokus kepada mereka dan kelas. Ada kanak-kanak perempuan dan ada juga yang lelaki.
Mengikut kajian juga, anak-anak autisme ini akan kembali normal seperti kanak-kanak yang lain apabila mereka mula membesar sekitar usia 8 ke 9 tahun. Cabaran utama ibubapa yang mempunyai anak-anak autisme ialah apabila ingin mencari tadika yang boleh menerima anak autisme mereka. Amat kurang tadika yang mempunyai tenaga mahir yang mampu mengawal anak autisme dan boleh dikatakan amat sukar bagi kita orang Islam.
Sejauh mana anak saya seorang autisme ?
Disebabkan kepesatan teknologi masa kini, ilmu dan maklumat mudah tersebar. Tidak dinafikan sebagai ibubapa yang prihatin kita mencari maklumat sebanyak mungkin bagi mengatasi apa yang berlaku pada si manja kita.
Namun, aturan yang pertama perlu saya ingatkan dan tegaskan ialah, jangan mudah panik. Bertenang adalah perkara asas bagi mencari jalan keluar. Semakin kita panik, kita umpama mengiakan perkara yang kita mahu elakkan. Seperti isu autisme ini.
Yang lebih mengejutkan, ada juga saya terima panggilan daripada seorang ibu daripada selatah tanah air mengatakan anaknya seorang autisme. Bila ditanya baru 17 bulan umurnya. Umur itu masih terlalu kecil jika kita ingin kaitkan dengan autisme bagi saya.Ditambah dengan ketakutannya untuk memberitahu kononnya anak mereka itu autisme kepada suami beliau. Beliau terlalu panik sebenarnya.
Ini kerana, apabila saya berpeluang untuk berjumpa sesetengah anak yang autisme selang beberapa minggu saya dapati mereka bukanlah seorang yang autisme. Mereka hanya aktif seperti anak normal yang lain yang hanya kurang pandai memberi tumpuan. Tetapi jika diberikan lebih masa dan kepercayaan kepada mereka, mereka pasti membesar seperti anak normal yang lain.
Langkah untuk mengatasinya…
Membawa mereka bermain ke dunia luar
Sebahagian besar daripada kita akan membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan keraguan mereka itu. Iya, itu satu tindakan yang betul. Selepas itu atau sebelum itupun kita boleh membawa anak kita keluar bergaul bersama komuniti untuk melihat interaksi anak kita bersama yang lain.
Doktor bertindak sebagai pemberi nasihat dan terapi untuk anak kita, namun praktikal kehidupan seperti membawa mereka bergaul adalah lebih bermanfaat. Kita juga boleh bawa anak kita bersiar ke taman permainan di pusat membeli belah secara rutin bagi memberi peluang kepada mereka untuk belajar dunia luar seperti anak normal yang lain.
Perbanyakkan aktiviti seni dan kraf bersama anak autisme kita.
Ada anak autisme mempunyai tenaga yang sangat aktif. Mereka akan berpusing-pusing atau berlari tanpa penat. Cara terbaik untuk mengalirkan tenaga yang banyak di kalangan anak autisme itu ialah melalui aktiviti seni. Kita boleh pelbagaikan aktiviti seni setiap hari atau minggu bagi menarik perhatian mereka.
Berikan mereka ruang itu dan tidak mengapa sehingga mereka bosan. Biar tenaga mereka disalurkan ke arah pembentukkan kreativiti dan imaginasi mereka. Jangan tidak tahu, anak autisme ini adalah sangat bijak dan lebih bijak dibandingkan dengan anak normal yang lain apabila mereka sembuh nanti.
Terapi ayat Al-Quran
Selain kita boleh membaca doa ringkas seperti audzhu billahi minas syaitan nirrajim apabila kita berdepan dengan situasi anak autisme yang tantrum, Surah Taha antara surah yang terbaik untuk melembutkan hati si manja autisme kita.
Amalkan bacaan surah itu dari ayat 1 hingga 5 dan bisikkannya ke telinga sambil diusap ubun-ubun kelapa mereka semasa tidur. Boleh juga dibacakan surah itu hingga habis dan diberikan mereka minum atau dibuat susu. Sedangkan Sayyidina Umar Al-Khattab yang digeruni dengan wajah yang garang tersentuh hatinya tatkala mendengar alunan surah ini dibacakan. Inikan pula anak kita yang dikasihi.
Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati. Dan bagi saya selain bantuan ubat-ubatan dan bantuan pakar dan guru yang mahir dalam menangani anak autisme ini, perkara yang paling penting ialah keyakinan kita. Adakah kita betul-betul yakin dengan apa yang kita lakukan itu mampu menyembuhkan anak autisme kita.
Ada juga yang berputus asa di tengah atau awal jalan sekalipun. Mana mungkin kita mampu menyelesaikan sesuatu perkara atau mencari penawar yang terbaik dalam sekelip mata. Kehidupan bukan begitu. Ianya sebuah perjalanan yang setiap satu jika kita lakukan tanpa putus asa, pasti ada hasil di kemudian hari.
Buat semua ibubapa yang mempunyai anak-anak autisme di Malaysia ini, saya kagum dengan kesabaran anda semua. Ada juga berkorban daripada jauh semata-mata untuk anak autisme yang tersayang. Semoga semua anak-anak autisme sekalian menghadiahkan pahala yang tak terhitung buat semua di akhirat kelak.
Akhir kata, jika kita fikir masalah yang kita hadapi ini sukar, fikirlah mereka yang lain yang lebih sukar masalahnya untuk dihadapi.
Salam sayang,
Teacher Ayu dari Excel Qhalif
*****
Excel Occupational Therapy
Program ini sesuai untuk anak-anak berkeperluan khas seperti autisme, ADHD, ADD, global delay GDD, speech delay, dyslexia mahupun down syndrome.Ia dijalankan secara one to one oleh terapis yang terlatih dan berpengalaman. InsyaALLAH, program ini juga sesuai jika anak anda memiliki ciri-ciri seperti:
-
- Bermain Sendirian (Own Agenda),
- Tiada Hubungan Mata (Eye Contact)
- Lambat Bercakap (Late Talker)
- Tidak Boleh Mengikut Arahan
- Tidak Boleh Duduk Lama & Memberi Tumpuan
- Kurang Kemahiran Sosial
- Mengibas-ngibas Tangan (Flapping Hands)
- Suka Menjerit-Jerit
Kepada ibubapa yang ingin membuat temujanji terapi dan mendapatkan khidmat nasihat. Boleh hubungi kami : Klik Sini
*****
Testimonial Excel Occupational Therapy.
Lagi artikel-artikel berkaitan:
1) Kepentingan Intergrasi Sensori Kepada Kanak-kanak (klik sini)
2) Kenali Petanda Anak Autisme (klik sini)
3) Bagaimana Rawatan OT Membantu Anak Autisme –(klik sini)
4) Anak & Fokus dari Kacamata Seorang Occupational Therapist —(klik sini)
5) Didik Anak Autisme Menjadi Normal Mulai Hari Ini –(klik sini)
*****
Excel Qhalif Juga Menyediakan Kelas-kelas seperti berikut;
1) Terapi Carakerja (Occupational Therapy)
2) Terapi Pertuturan (Speech Therapist)
3) Program Intervensi Awal (Early Intervention Program)
4) Playgroup Xtra (untuk anak-anak istimewa)
5) Excel Qhalif Playgroup (untuk anak-anak tipikal @ normal)
*****
Sekiranya anak anda memerlukan rangsangan interaksi sosial dan kelas dihujung minggu, anda dijemput menyertai Kelas Playgroup kami …
Kelas playgroup ini dijalankan setiap hujung minggu dan dibuka penyertaan kepada anak-anak berkeperluan khas yang berumur diantara 2 ke 6 tahun sahaja. Uniknya kelas ini, ibubapa juga boleh turut sertai aktiviti kelas. Sertai sekarang!!
Untuk info lanjut, anda boleh klik banner di bawah:
Terima kasih telah membantu saya dalam dunia kesehatan!
Alhamdulillah….saya ada ank autism…. Tapi lepas 6tahun dia semakin positif pulih mcm ank normal….tapi sebagai ibu kita kena kuat byk DOA…cari ilmu untuk didik ank mcm nii….yg pasti mmg betul tahap kebolehan (kebijaksaan)mereka luar biasa…..apapun jgn abaikan ank ini…..
Pada permulaan mmg sukar coz mereka suka memberontak….Dan sukar faham apa yg kita cakp…..ank saya pertegahan umur 6tahun baru boleh sebut pekataan dan semakin hari kita boleh faham pkataan yg dia sebut dan boleh bina ayat sekarang dh boleh susun ayat lebid dri 5 pkataan dan boleh sebut pekataan apa yg kita sebut .apapun alhamdulillah ank saya ciri autism semakin kurang…..Sekarang masuk 7tahun boleh baca walaupun simple work ja ,mengira pun alhamdulillah …..
Assalamualaikum puan bagaimana saya nak ajar anak autism saya mbaca? Umur dia 9 tahun bulan march ni..
Alhamdulillah.. pada mulanya saya melihat perkembangan anak saya tidak seperti kanak2 lain yang normal dari segi percakapan dan tingkahlaku. Pada usia 2 tahun saya membawa ke hospital untuk mengetahui permasalahan yang berlaku. Dari ujian percakapan sehingga ke tatacara kerja. Syukur pada allah s.w.t anak saya yang pada mulanya dikatakan autisme menunjukkan perubahan mendadak.. boleh berbual, bermain seperti kanak2 normal dan boleh menghafal surah2 lazim, membaca dan mengira. Kini usia anak sudah 5 tahun dan boleh berdikari bersama kanak2 seusianya. Saya belajar sesuatu sebagai bapa dalam mengajar anak. Jangan samakan anak dengan anak orang lain. Sikap memaksa anak2 seusai 2 tahun dalam melakukan sesuatu yang diluar kebatasan anak2 akan menjadikan ia lebih celaru. Banyakkan pujian dan belaian.. rendahkan suara bila menegur anak2 seperti ini.. Insyaallah.. bawalah anak2 ke hospital dengan segera berjumpa pakar kanak2.. anak2 adalah anugerah..
Salaam encik Haykal.. saya pun ada anak autisma dah dekat 6 tahun, belum pandai bercakap lagi. Boleh tolong bagi tips dan Nasihat2 untuk saya dalam membantu anak saya? Ini no WhatssApp saya 0176905215. Terima kasih banyak2…
Apa sy nk buat…kalo ank sy autism…sy xtau skolah atau tmpt pengasuh yg boleh sy hantar ank sy utk tujuan pendidikan dan langkah awal sbb ank masih lg terbaring di umur setahun 7 bulan..
Sedikit info berguna : https://www.lookp.com/malaysia/special-care-school