Sementara bulan Syawal masih berbaki beberapa hari, kami di Excel Qhalif juga mengambil kesempatan untuk mengadakan sedikit jamuan Hari Raya serta sambutan Hari Jadi bagi anak-anak yang lahir pada bulan Ogos dan September.

Untuk sambutan kali ini, kami juga mengadakan pertandingan “Baju Sedondon”. Para ibubapa yang hadir ke kelas perlu memakai baju raya mereka siap sama dan sedondon anak-beranak.

Maka, ramailah anak-anak soleh di Excel Qhalif datang dengan bersampin dan berbaju kurung ke kelas hari itu. Memang seronok.

Azri dan Chinta kelihatan sedondon semasa jamuan Hari Raya di kelas Sabtu lalu

Apa yang menarik ketika jamuan sebelum bermula, kami warga Excel Qhalif dan seluruh ibubapa saling maaf-maafan yang saja kami pamerkan buat anak-anak supaya mereka turut serta melakukan hal yang sama bersama rakan-rakan mereka tanpa perlu disuruh.

Salah satu perkara yang jarang kita utamakan ialah mendidik mereka bersilaturrahim atau dalam erti kata lain ialah berkawan. Kebanyakkan para pelajar di Excel Qhalif terdiri daripada anak sulung ataupun tunggal yang sangat janggal untuk berinteraksi bersama rakan mereka di dalam kelas untuk pertama kali.

Ianya adalah perkara normal bagi anak yang jarang keluar rumah atau tidak mempunyai rakan bermain di rumah. Mereka akan mudah menjadi kaku atau bertindak diam diri untuk memerhati keadaan sekeliling dahulu.

Selang 3 hingga 4 minggu apabila mereka rasakan persekitaran itu selesa bagi mereka, barulah mereka mula menunjukkan minat untuk bergaul dengan rakan di dalam kelas tanpa dipaksa.

Yang penting ialah kita  konsisten membawa mereka ke sekolah walaupun untuk minggu awal kelas hanyalah tangisan buat mereka.

Selain itu, dengan kehadiran ibubapa juga dapat mententeramkan gelora hati anak dan terbabit secara langsung dengan perkembangan anak-anak kita sendiri.

Semuanya kita lakukan bersama dan ianya umpama pusat sehenti kita dihujung minggu untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak disamping kita sendiri bersilaturrahim bersama ibubapa yang lain.

Alangkah seronoknya, bukan ? Almaklumlah yang datang pun kebanyakkan pelajar kami luar daripada Bangi dan Kajang.

Ini keluarga bahagia adik Adelia dan Amani bersama ibubapa mereka bersama-sama membuat kraf ‘Mister Sun’ semasa sesi kelas yang lalu.

Walaupun ada yang mengatakan untuk mendidik anak kecil ini perkara yang sukar, namun bagi kami mendidik juga perlu kebijaksanaan. Kita memerlukan teknik dan pemahaman daripada segi psikologi untuk berdepan dengan mereka.

Dan untuk segalanya mereka ikut apa yang kita arahkan, perkara utama yang perlu kita buat ialah menunjukkan perkara yang betul atau menjadi role-model yang terbaik buat mereka untuk semua perkara.

Bukan hanya kita mendidik mereka tentang ilmu pendidikan untuk ke sekolah, namun didiklah juga tentang tatacara hidup untuk menjadikan mereka manusia berakhlak tinggi yang bukan sahaja untuk tiket ke sekolah tetapi hingga mereka dewasa nanti.

Memang nilai akhlak itu tidak dapat diukur dengan keputusan ‘A’ di sekolah dan kita tidak dapat lihat pada jangka masa yang singkat hari ini.

Namun, ianya cukup membantu mereka untuk menjadikan mereka anak yang ingat orang tua dan tidak menyombong diri apabila sudah berjaya besar nanti.

InshaAllah, semoga apa yang kita semai hari ini akan membuahkan hasil yang ranum buat kita di usia tua nanti.

Teacher Ayu

Excel Qhalif PlaygroupPengasas dan pengajar di Excel Qhalif Playgroup. Program yang memfokuskan jati diri anak dan kemahiran motor bermula seawal usia 20 bulan hingga 4 tahun setengah. Beliau percaya semua anak dilahirkan perlu diberi rangsangan kelima-lima deria mereka iaitu deria rasa, lihat, sentuh, hidu dan dengar dengan optimum sebelum minda intelektual mereka diprogramkan.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This