Kita mesti selalu dengar bahawa peringkat umur yang terawal ini di kalangan anak-anak adalah peringkat yang terpenting untuk membina kemahiran komunikasi atau percakapan yang kukuh.

Ini kerana otak anak berkembang dengan sangat cepat semasa peringkat umur ini. Pemikiran mereka lebih terbuka dan lebih mudah menerima apa sahaja informasi yang diberi.

Bermula dari awal kelahiran hingga 5 tahun, anak kita belajar berkomunikasi/languange melalui interaksi sosial antara orang disekeliling dalam hidup mereka. Ini adalah pembelajaran secara tak langsung yang kita jarang sedari bahawa ianya sangat membantu mereka untuk bercakap dengan baik.

Apabila anak mula menghantar mesej, samada melalui isyarat, bunyi atau kata-kata ibubapa perlu memberi maklumbalas yang responsif kepada anak untuk mengalakkan mereka untuk bercakap. Maklumbalas responsif ini merupakan asas terpenting dalam melatih proses penguasaan komunikasi atau bahasa bagi setiap anak dengan lebih efektif.

TETAPI, jika anak kita kelihatan kurang berkomunikasi berbanding anak yang lain yang sebaya dengannya, kemungkinan besar anak kita kurang menerima maklumbalas responsif daripada kita sendiri.

Lain pula halnya bagi anak yang mempunyai gangguan percakapan atau delayed speech/languange delays. Mereka seringkali gagal dalam setiap aktiviti yang melibatkan komunikasi sosial seperti perbualan rutin harian antara ibubapa mereka sendiri. Anak ini akan menggunakan signal tangan mereka untuk mahukan sesuatu.

2012.11.11-Good-Better-Best-choicesPilihan Ibubapa : Tunggu dan lihat atau Bertindak Segera

Jika kita pilih untuk “tunggu dan lihat” dengan beranggapan mereka akan pandai juga bercakap apabila besar sedikit nanti ia satu tindakan yang agak berisiko.

Mungkin kita beranggapan anak yang sebelumnya ini tidak mempunyai masalah apa-apa lebih-lebih lagi pada bab percakapan.

Namun, hakikat yang kita perlu terima bahawa, setiap anak itu berbeza.Cukup berbeza waima bermula dari awal kehamilan hingga kelahiran mereka. Setiap satu punyai kelebihan dan kelemahan yang pada peringkat awal ini perlu kita berikan perhatian penuh.

Apabila kita pilih untuk “tunggu dan lihat” ianya bermakna kita mensia-siakan masa berharga mereka pada keadaan bantuan diperlukan buat mereka.

BAIKNYA, dengan mengambil tindakan segera, lebih awal anak itu menerima bantuan yang diperlukan, lebih senang masalah anak diselesaikan.

Kenali Isyarat Awal Anak Kita Bermasalah

Untuk memastikan anak kita mendapatkan bantuan yang sepatutnya, ianya penting untuk kita ketahui signal awal masalah lambat/gangguan bercakap.

1) Ketika diusia 12 bulan

  • bercakap dengan ton senada sahaja tanpa bertukar bunyi. Contoh : dadadadadadada
  • tidak reti guna isyarat seperti melambai “bye bye” atau mengeleng kepala tanda “tidak mahu”
  • tidak memberi respon apabila nama dipanggil

2) Ketika diusia 15 bulan

  • tidak faham dan respon kepada perkataan seperti “tidak” atau “bangun”
  • tidak reti menunjuk ke arah objek atau gambar apabila ditanya “Yang mana satu gambar kereta sayang…?

3) Ketika diusia 18 bulan

  • tidak faham arahan mudah seperti “Don’t touch”/”Jangan sentuh”
  • bercakap kurang 20 patah kata mudah seperti “Mama” atau “Nak”
  • tidak respon kepada pertanyaan mudah seperti “Apa tu sayang?” atau “Mana kasut Adam”
  • masih tidak kenal 2 atau 3 anggota badan mudah seperti kepala, hidung, mata apabila ditanya

4) Ketika diusia 24 bulan

  • bercakap kurang daripada 100 perkataan
  • selalu mencantumkan 2 perkataan seperti “Ayah pergi” atau “Daddy go”
  • tidak meniru apa-apa aksi atau perkataan orang lain
  • tidak pandai berimaginasi bersama barang mainan seperti menyusukan anak patung atau beraksi seperti sedang membawa kereta.

5) Ketika diusia 30 bulan

  •  bercakap kurang daripada 300 perkataan
  • tidak reti menggunakan perkataan kata kerja seperti “lari”, “makan”, “jatuh”
  • masih tidak tahu gunakan kata gandaan atau perlakuan  seperti “2 orang budak” atau “kucing tengah tidur”

6) Ketika diusia 3-4 tahun

  • tidak reti untuk bertanya soalan pada umur 3 tahun
  • tidak menggunakan ayat (contoh : “Abang tak nak yang itu” atau “Kereta adik da rosak” juga pad umur 3 tahun
  • tidak mampu untuk bercerita cerita yang mudah kepada kita pada umur 4 dan 5 tahun.

Bagaimana PLAYGROUP boleh membantu ?

Selain memfokuskan daya IQ anak diusia awal 2 tahun dan keatas, program playgroup di bawah jenama Excel Qhalif Playgroup menumpukan pada penggunaan daya EQ (emotion quotient) iaitu common-sense mereka dengan optimum. Ini penting bagi melahirkan anak-anak hari ini bukan sahaja pandai dibuku tulis tetapi bijak keseluruhannya.

Bagi kami anak-anak zaman sekarang tidak dapat membesar seperti anak-anak lagi seperti peluang yang kita terima dulu. Pejam celik anak kita di usia 6/7 tahun atau awal telah ditekankan dengan perlunya kena skor A di sekolah. Pengalaman untuk menikmati masa kecil dengan bermain sudah tiada buat mereka.

Tetapi tidak di Excel Qhalif. Di sini kami berikan mereka ruang dan peluang untuk merasai keseronokkan bermain tetapi dalam ruang lingkupan suasana kelas yang kondusif bagi mengalakkan pembelajaran yang berkesan. Kami berikan apa yang anak kita perlukan ketika kecil ini daripada segi fizikal dan kerohanian.

Di kelas kami, anak-anak akan diajar untuk menguasai bahasa/percakapan mereka melalui alunan lagu dan gerakan tubuh badan. Seronoknya lagi, setiap anak-anak ditemani oleh ibubapa mereka sendiri untuk melakukan aktiviti di dalam kelas bersama. Lebih banyak interaksi sosial berlaku di dalam kelas, lebih cepat anak kita walaupun yang mempunyai speech delays belajar bercakap.

Kemahiran motor halus dan kasar juga sangat ditekankan untuk perkembangan minda dan fizikal anak dengan lebih berkesan. Tahukah kita bahawa, bagi untuk melatih anak untuk lancar bercakap latihan otot kaki bermula dari lutut dan ke bawah antara latihan penting yang perlu dilakukan. Antara alatan yang digunakan di dalam kelas Excel Qhalif Playgroup ialah basic stepping, lacing cards, hula hoop dan banyak lagi alatan montessori untuk menyumbang ke arah perkembangan menyeluruh setiap anak itu.

Antara testimoni pelajar kami…

testimoni pelajar kelas Excel Qhalif

BERITA BAIK, kini pihak Excel Qhalif membuka penyertaan kepada ibubapa semua untuk ‘test-run’ kelas kami dengan menyertai TRIAL CLASS kami yang masih terbuka sekarang. Untuk penerangan lebih lanjut, klik banner di bawah ini.

Semoga berjumpa di kelas bersama saya nanti.

VIDEO TIP: Cara Tangani Anak Pemalu oleh Teacher Ayu

Pin It on Pinterest

Shares
Share This