Hampir 80% aktiviti seorang anak adalah bermain. Bermain adalah pekerjaan bagi mereka. Tablet atau gadjet elektronik bukan dikategorikan sebagai satu permainan. Ianya hanya alatan permainan. Permainan yang dimaksudkan ialah aktiviti fizikal yang melibatkan lebih daripada 2 orang pemain.

Hebatnya bermain ini ianya melibatkan kemahiran ‘problem-solving’ dan dapat menjana kreativiti mereka. Contohnya, semasa topik ‘My Favourite Cake’ di dalam kelas, anak-anak berjaya melakonkan situasi mereka sedang memasukkan kek ke dalam oven.

1) Permainan Imaginasi & Kreativiti ; Membuat Kek Kegemaran

Apabila kami beritahu kek da siap, hati-hati panas. Mereka lantas mengambilnya dengan menggunakan tisu yang ada disisi untuk mengambarkan ianya panas.Yang lebih bagus bermain seperti di atas ini ia membantu anak untuk belajar banyak perkataan baru yang mereka boleh gunakan dalam rutin harian.

Kami juga tanamkan sikap untuk berkongsi dengan hanya keluarkan 1 biji oven dan 2 helai kopi chef. Selepas kawan pakai, kita pula pakai. Selain belajar kongsi, belajar untuk bersabar untuk ikut giliran. Tablet dan gadjet hanya fokus kepada individualistik.

2) Permainan Sensori Jari dan Sentuhan ; Bermain Pasir dan Tepung

Melalui sentuhan anak akan memberitahu kita apa yang mereka rasa. Ini antara salah satu terapi yang banyak dilakukan di hospital dalam kelas ‘Occupational Therapy’. Pengalaman saya, tekstur seperti gam antara perkara yang menggelikan mereka. Ada yang disapu di bibir ingatkan ianya gincu bibir. Ada juga yang pernah disapu di kaki ingatkan ianya minyak gosok. Walaupun ianya salah disebabkan kurang pengalaman tetapi saya puji pada kemahiran meniru mereka itu /imitation skills.

Dalam aktiviti bermain tepung ini, kami letakkan gambar kartun kegemaran mereka seperti ‘Upin Ipin’ mereka di sebagai alas. Walaupun pada mulanya mereka geli, namun disebabkan ada gambar di bawah tepung itu tanpa disedari mereka telah gunakan seluruh otot tangan dan jari mereka untuk melakukan aktiviti ini. Bagi yang geli galakkan mereka seperti ini agar mereka biasa dengan keadaan tersebut.

Selain itu, permainan pasir atau ‘sand play’ juga antara permainan terancang yang kami lakukan untuk melatih otot tangan mereka. Pasir memberi tekstur yang berlainan untuk mereka belajar perkara baru. Melalui permainan ini mereka belajar untuk mengawal otot tangan mereka untuk membentuk huruf yang diminta. Mereka belajar untuk mengagak saiz pasir yang perlu dilenyek agar muat pada kertas yang diberi.

3) Permainan Dalam Kumpulan

Ini antara kelebihan apabila bermain di dalam kumpulan. Lihat gambar sahaja kita pasti rasa bagaimana kemeriahannya. Walaupun permainan ini dikategorikan sebagai permainan ‘people’s games’ iaitu tidak memerlukan alatan hanya kita bersama anak sahaja. Antara contoh lain kategori ‘people’s games’ ini ialah permainan tradisional ‘tong-tong kodak’, ‘peek-a-boo’ ataupun ‘hide & seek’.

Lebih manis lagi aktiviti permainan terancang seperti ini mampu mengeratkan hubungan antara kita dan anak. Kita gelak bersama, kita bermain bersama, juga belajar bersama mereka. Nikmati bersama waktu kecil mereka, sebab peluang tidak akan datang lagi.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This