Semua peringkat umur boleh menikmati aktiviti bercucuk tanam. Tetapi si comel khususnya lebih seronok dan teruja berkebun. Kebanyakan mereka menikmati waktu-waktu berkebun di luar rumah dengan menggali tanah, menggembur tanah, mengotorkan baju, meneroka penemuan baru dan menghayati proses pembesaran tanaman mereka. Kanak-kanak boleh belajar kemahiran baru, bergembira, bermain dan membina keyakinan diri dengan menghabiskan banyak masa di kebun tanaman untuk menanam sendiri tanaman untuk makanan mereka sendiri. Mereka boleh merasai banyak manafaatnya istimewa. Berkebun adalah satu proses pembelajaran dan ia turut mengembangkan kemahiran baru si comel termasuklah:

1. TANGGUNGJAWAB
Ia melatih sifat bertanggung jawab pada diri mereka untuk menjaga tanaman daripada sekecil-kecil biji benih sehinggalah pokok tumbuh membesar.

2. MEMAHAMI
Mereka akan mula belajar tentang sebab dan akibat. Tumbuh-tumbuhan perlukan air, jika mereka tidak menyiram pokok, pasti ia akan layu dan mati. Jika mereka tidak bersihkan rumpai-rumpai lain di sekeliling pokok, pasti rumpai-rumpai itu akan bersaing untuk mendapatkan air dan nutrien untuk hidup juga. Si comel secara tidak langsung akan belajar ilmu tumbuh-tumbuhan, serangga perosak, cuaca, persekitaran dan nutrien.

3. CINTA ALAM
Berkebun boleh memberi peluang dan pendedahan kepada si comel untuk belajar mengenali, menghargai dan menyayangi alam sekitar. Aktiviti ini boleh membuang rasa geli kanak-kanak dengan tanah dan cacing.

4. KERJASAMA
Bercucuk tanam baik untuk kesihatan fizikal si comel. Ia adalah satu terapi yang merangsang kesihatan fizikal dan emosi kanak-kanak. Apa yang penting, kanak-kanak akan belajar untuk bekerja secara berkumpulan dan tolong-menolong berbahagi tugas ketika bercucuk tanam.

5. SABAR
Pokok memerlukan perhatian untuk tumbuh subur. Jika dibiarkan sahaja tanpa disiram, dijaga mahupun dipantau, ia pasti akan terbiar ataupun mati. Ia melatih si comel untuk sabar menunggu setiap fasa perkembangan pokok yang ditanam oleh tangan mereka sendiri. Jika mereka tidak sabar dengan menyiram air sebanyak-banyaknya, pasti pokok akan mati kelemasan juga.

6. RANGSANGAN DERIA
Deria simanja masih baru dan memerlukan rangsangan yang berterusan. Aktiviti ini mampu merangsang deria terutama sentuhan dan bau. Mereka mampu mengenali apa itu kasar, lembut, busuk dan cantik. Ini adalah pembelajaran secara semulajadi yang tiada nilai harganya,

Berkebun adalah aktiviti menyeronokkan dan baik untuk kanak-kanak. Bermain dalam kotoran mungkin perkara pertama yang menarik kanak-kanak untuk berkebun, tetapi proses itu mengandung manafaat yang banyak untuk mereka dan seisi keluarga. Selamat bercucuk tanam!

====================================

BERITA BAIK: Sesi ‘Trial Class’ Playgroup Kini DIBUKA. Beri peluang anak anda merasai pengalaman manis dalam sesi kelas bersama kami. Anak bakal didedahkan dengan interaksi sosial yang sihat, perkembangan yang membantu kemahiran motor halus/kasar serta aktiviti belajar sambil yang meransang minda mereka. Klik link banner di bawah untuk mendaftar

https://www.superkiddo.com.my

Pin It on Pinterest

Shares
Share This