Kanak-kanak mula meneroka konsep dan kemahiran matematik sangat awal dalam kehidupan mereka. Dari saat mereka dilahirkan, bayi mula terbentuk idea tentang matematik melalui pengalaman sehari-hari, alam sekitar dan yang paling penting, melalui interaksi dengan orang dewasa yang dipercayai.
Pelbagai aktiviti spontan juga boleh meningkatkan kemahiran matematik Si manja. Mari gembirakan mereka dengan matematik yang mudah.
Antaranya:-

1. KETIKA PERMAINAN :
Permainan adalah kawan akrab Si manja. Ketika mereka leka bermain, selitkan sekali aktiviti mengira ‘ultraman’, ‘barbie’, teddy bear dan kuib-kuib permainan. Oh, lebih menarik ketika mengemas mainan juga, latih mereka untuk mengutip satu per satu permainan sambil mengira.

2. KETIKA BELAJAR :
Mewarna, melukis dan menconteng adalah 3 kegemaran wajib yang tidak dapat dipisahkan dengan Si manja. Ajak mereka mengira pensil warna dan berikan ganjaran atas hasil kerja mereka mengunakan skor bintang. Si manja pasti sangat teruja apabila menerima ganjaran 5 bintang!

3. DI TAMAN :
Sesekali keluar beriadah di taman boleh dimanafaatkan dengan aktiviti mengira layang-layang, belon, bunga-bungaan dan boleh juga mengira jumlah anak tangga bersama-sama. Jika keluar pada waktu malam, bolehlah sama-sama mengira bintang dan bulan di langit.

4. DI DAPUR :
Hiburkan aktiviti masak-memasak di dapur dengan mengajar Si manja mengira buah-buahan serta sayuran seperti epal, pisang, tomato, anggur, bawang, kentang dan lain-lain. Jika Si manja suka menolong si ibu, beri mereka peluang untuk menyusun pinggan, gelas, sudu dan garfu sambil mereka mengira 1 2 3. Aktiviti mengira muffin dan biskut juga pasti sangat menyeronokkan bagi si ibu dan Si manja.

5. DALAM KENDERAAN :
Ketika dalam perjalanan balik kampung mahu pun ketika dalam kesesakan lalu lintas, boleh gunakan peluang tersebut untuk memperkenalkan Si manja dengan nombor plat kenderaan. Juga uji kebolehan mereka mengira tayar kenderaan, bilangan kenderaan serta membaca nombor pada papan hadlaju di sepanjang perjalanan.

Matematik ada di mana-mana. Mari jadikan ia mesra kanak-kanak dan menghiburkan sepanjang pembelajaran mereka. Ibubapa adalah “cheerleader” nombor 1.

====================================

BERITA BAIK: Sesi ‘Trial Class’ Playgroup Kini DIBUKA. Beri peluang anak anda merasai pengalaman manis dalam sesi kelas bersama kami. Anak bakal didedahkan dengan interaksi sosial yang sihat, perkembangan yang membantu kemahiran motor halus/kasar serta aktiviti belajar sambil yang meransang minda mereka. Klik link banner di bawah untuk mendaftar

Pin It on Pinterest

Shares
Share This