Tahniah buat ibubapa yang berjaya menghantar anak ke sekolah. Rasa cepat sungguh masa berlalu. Namun disebaik kegembiraan yang kita rasai, ada sebahagian anak-anak yang tidak berjaya memasuki sekolah atau tadika atas beberapa sebab.
Saya menulis ini bukan ingin menunding jari pada sesiapa, tetapi saya ingin kongsikan apa yang perlu ibubapa lakukan sebelum anak kita di ‘reject’ daripada mana-mana sekolah.
Saya faham, bercakap sahaja tidak semudah bahu yang memikul. Namun, walaupun saya tidak berada ‘di dalam kasut’ ibubapa yang bertuah ini, saya sebagai pengamal pendidikan awal kanak-kanak mempunyai sedikit pengalaman yang boleh dikongsi dan diambil sebagai panduan.
Seawal kita disahkan hamil, pasti perasaan teruja akan menusuk dalam hati kita. Pastinya kita sayang anak kita dan mempunyai impian untuk membesarkan mereka mengikut acuan kita. Tak terkecuali pasti ada target yang kita harapkan untuk anak kita capai di masa mendatang.
Namun, langit tak selalu cerah…sebagai contoh kita lihat anak kita diusia 18 bulan dan ke atas anak kita agak sedikit berlainan karakter berbanding anak tipikal yang lain. Kita mungkin tak dapat lari daripada bandingkan anak kita dengan anak kawan, anak sepupu ataupun anak orang lain kita jumpa di mana-mana.
Segera Cari Rujukan
Bagi merungkai kekeliruan kita adalah cari sumber informasi. Ianya boleh bermula dari carian di ‘google’ atau terus rujuk pakar. Elakkan untuk tutup kekeliruan itu dengan beri kata semangat yang menipu diri sendiri seperti, “tak pe, anak aku kecil lagi, nanti besar sikit dia ok lah tu”.
Memang agak tegas sedikit pandangan saya ini tetapi itulah keputusan yang terbaik. Sebelum masalah boleh dibendung lagi menjadi besar. Saya selalu pesan pada ibubapa yang hadir di centre saya agar, “please admit the situation, hence we can provide the solution”.
Apa yang berlaku pada hari ini, adalah ibubapa panik apabila anak mereka berumur 6 tahun contohnya tidak boleh diterima di tadika biasa. Ada yang maklumkan pada saya anak mereka masih lagi pakai pampers diusia 7 tahun. Sudah pasti pendidikan yang ‘mainstream’ yang sedia ada tidak sesuai untuk anak ini.
Hakikatnya apabila saya menerima aduan dan rintihan daripada ramai ibubapa ada yang dari lembah klang, Kelantan, Johor ataupun Kedah saya lagi kasihan pada nasib anak itu. Bukan ibubapa tersebut.
Kerana, kita yang sudah dewasa ini sudah tentu tahu bagaimana untuk berdikari. Tetapi, disebabkan kita ‘sembunyikan’ masalah anak kita dengan tidak memberi rawatan sepatutnya pada peringkat awal, pastinya agak sukar untuk anak kita tempuhi ketika kawan lain sudah boleh pakai baju sendiri, boleh pergi tandas sendiri.
Terapi Berterusan
Kita ada pilihan samada untuk merawat masalah anak kita di hospital kerajaan, hospital swasta atau pusat perkembangan dan rehabilitasi swasta. Tetapi kita tiada pilihan untuk tidak bawa mereka dirujuk pada mana-mana badan.
Mengikut pengalaman, anak autisme mudah dirangsang seawal 2 tahun berbanding 5 atau 6 tahun. Melalui terapi yang berterusan kita boleh meningkatkan kemahiran motor anak, mengurangkan masalah sensori anak dan melatih anak bertutur.
Secara fizikalnya anak-anak ini semua cukup sifat, namun sebenarnya mereka mempunyai beberapa isu yang perlu dirawat dan diberi perhatian segera. Sebagai contoh, anak autisme atau ADHD/ADD yang suka mengigit bila marah atau suka, mereka sebenarnya tidak mampu kawal pergerakan tubuh mereka lagi. Mereka mempunyai beberapa kelompongan pada ‘central nervous system’ badan mereka. Melalui stimulasi yang betul seperti ‘oral stimulation‘ atau ‘behaviour modification‘ pasti berkurang masalah mengigit tadi.
Early Intervention Program (EIP)
EIP adalah salah satu program yang terbaik untuk anak yang mempunyai masalah ini. Dalam program EIP pada mana-mana centre, contohnya pihak kami memfokuskan kepada 6 segmen atau domain ; iaitu
- Gross Motor Skills
- Languange Development
- Fine Motor Skills
- Reading, Writing & Early Maths
- Self Help Skills
- Social Development
Setiap anak mempunyai peningkatan yang berbeza, melalui EIP program ini kami membantu setiap anak mencapai target mengikut kemampuan dan ‘learning style‘ mereka. Disebabkan bilangan pelajar dalam satu masa tidak melebihi 8 atau 10 dengan diajar oleh terapi guru yang berpengalaman dalam bidang masing-masing, program EIP ini adalah yang sesuai untuk anak yang tidak layak masuk ke sekolah perdana.
Kelas Pendidikan Khas
Bagi yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak ke EIP, ibubapa boleh terus rujuk anak ke sekolah kebangsaan yang menyediakan kelas pendidikan khas. Guru biasa seperti tadika biasa tidak boleh mengajar anak-anak ini kerana cara pengajaran dan pembelajarannya berlainan.
Banyak senarai sekolah, NGO, badan swasta yang ada bagi memberi khidmat pada anak-anak istimewa ini. Ibubapa boleh rujuk di website : www.malaysiancare.org.
Bagi yang diluar Lembah Klang, saya saran rujuk pada web ini untuk beri rawatan dan pendidikan yang sepatutnya pada anak tersebut. Kami di Excel Qhalif rasa simpati dan sedih apabila tidak dapat memberi khidmat pada yang diluar kawasan wilayah kami.
Harapnya dengan sedikit informasi ini dapat membantu ibubapa ‘membuka mata’ dan merencana pendidikan yang terbaik untuk anak masing-masing. Pesan saya, “cherish the ability and dont focus disability”.
Jangan lupa bahawa, Albert Eisntein dan Bill Gates itu adalah anak-anak istimewa dan memberi manfatat yang besar buat manusia. Siapa tahu, anak kita juga ‘someone’ pula selepas ini ?
Salam Sayang,
Teacher Ayu
Pengasas Excel Qhalif
*****
BERITA BAIK: Pendaftaran bagi EIP di Excel Qhalif boleh dilakukan sekarang.
Hubungi cawangan kami untuk pendaftaran kelas di cawangan-cawangan kami yang berhampiran dengan anda.
*****
Dear, I’m looking for centre in Melaka. I’d autism child
Hi i have a autisim kid
Can i arrange today going to school
nak tanya klo anak xdengar n xbercakap bleh kew……
I hve 7 years old autism girl.and i need a centre in klang or shah alam.if you read my comment please contact or email or dm me.
Salam Sejahtera Cik Ayu,
i have 6 years old autism boy .i need your help. any centre near for us. kindly please advise. Eagerly waiting for your kind reply.
Thanks,
Hi, saya ingin cari centre di Puchong atau tempat terdekatan untuk anak yang lambat bercakap