Mama : ” Amina, tolong mama ambil baju tu” (sambal menunjuk ke arah baju).

Amina hanya mengendahkan arahan tersebut.

Mama : ”Amina, Amina dengar tak apa ibu cakap ni?” (nada suara yang tinggi sedikit)

(Amina hanya memandang kosong ke arah mama, terdiam sejenak lalu berlalu pergi).

Adakah situasi seperti di atas sering kali berlaku dalam kalangan ibu bapa di rumah?
Sesetengah ibu bapa mungkin berpendapat bahawa anak malas, degil, dan tidak fokus. Walhal, tanpa ibu bapa sedari, ada beberapa perkara penting yang perlu dititik beratkan agar anak dapat melaksanakan arahan.

——————————————————————————————————————

“Arahan secara lazimnya membawa maksud petunjuk untuk melaksanakan sesuatu “
Antara perkara-perkara penting yang perlu ada dalam sesuatu arahan adalah:

1. Pendengaran
Pastikan anak-anak tiada masalah pendengaran agar anak dapat mendengar arahan dengan lebih jelas dan dapat memproses maklumat dari arahan yang diterima

2. Kemahiran reseptif (kefahaman)
Pastikan anak memahami setiap arahan yang diberikan terutamanya dari segi kefahaman ayat, perkataan dan konsep.

Eg: Letak pinggan kotor atas meja
Anak seharusnya faham apa yang dimaksudkan dengan pinggan yang kotor, bagaimana untuk melaksanakan “letak” dan kata arah “atas”

3. Fokus dan perhatian
Anak-anak perlu fokus dan memberi perhatian apabila arahan diberikan dimana ianya memerlukan kemahiran menunggu / “waiting skill” untuk mendapatkan arahan sepenuhnya agar dapat dilaksanakan dengan sempurna.

4. Memori Kerja (“Working Memory”)
Kemampuan untuk mengekalkan dan memanipulasikan maklumat yang diterima yang melibatkan kefahaman , pertimbangan dan penilaian.

Antara tip-tip mudah untuk membolehkan anak mengikut arahan:

Pin It on Pinterest

Shares
Share This