Melihat anak membesar dengan sihat dan dan mempunyai perkembangan baik adalah perkara yang amat membahagiakan semua ibu bapa. Setiap pencapaian kecil anak selangkah demi selangkah dalam perkembangannya amat dihargai dan diraikan. Bagaimanapun bukan semua anak-anak bernasib baik untuk mampu mencapai tahap perkembangan seiring usia mereka. Sebahagian anak-anak diuji dengan kelewatan atau kebantutan dalam perkembangan mereka.

Oleh itu ibu bapa memegang peranan amat penting untuk sentiasa peka pada setiap keupayaan perkembangan anak-anak terutamanya dalam tempoh 0-6 tahun. Kerana dalam tempoh usia ini, kebanyakan anak umpama span yang menyerap air, mampu menyerap sebanyak mungkin imput yang mereka terima. Sebab itu juga pertemuan secara berkala dengan doktor sehingga minimum usia dua tahun amat penting untuk memastikan perkembangan anak pada landasan yang baik.

Jika ibu bapa mengesan sebarang kelainan atau kelewatan pada tahap perkembangan anak, tindakan proaktif untuk merujuk pada pakar yang berkemahiran harus dilakukan dengan segera. Pada era ini sudah banyak laluan yang ibu bapa boleh pilih untuk merujuk anak antaranya di klinik kesihatan, hospital kerajaan, hospital swasta dan pusat swasta seperti Excel Qhalif.

Di mana-mana laluan pun yang ibu bapa pilih untuk merujuk anak, masing-masing ada langkah dan prosedur yang mungkin berbeza sedikit saja antara satu sama lain. Jika di Excel Qhalif sendiri, selain daripada para ibu bapa sendiri yang datang merujuk terus anak mereka ke pusat kami, terdapat ramai juga ibu bapa yang datang kepada kami atas rujukan dari doktor di hospital. Majoriti rujukan adalah keperluan untuk mendapatkan slot terapi secara one to one dengan terapis bahasa dan pertuturan (speech and language therapist) dan terapis carakerja (occupational therapist).

Kedua-dua program ini adalah dalam setting yang serupa iaitu secara temujanji one to one dengan terapis, tetapi dikendalikan oleh dua professional yang berbeza. Terapis carakerja adalah professional yang membantu meningkatkan pelbagai aspek kemahiran asas dalam perkembangan anak antaranya kemahiran fokus dan konsentrasi, kemahiran duduk setempat, kemahiran mendengar arahan mudah, kemahiran motor halus dan kasar, kemahiran pengurusan diri, kemahiran kognitif dan konsep asas serta kemahiran tingkah laku. Manakala terapis bahasa dan pertuturan pula mengambil peranan penting dalam merangsang kemahiran komunikasi dan bahasa, kemahiran perututuran (gagap, pelat), kemahiran interaksi dua hala, kemahiran interaksi sosial dan lain-lain.

Sebelum kedua-dua professional ini memulakan sesi intervensi pertama pada anak yang dirujuk, langkah pertama yang wajib dibuat adalah sesi penilaian (assesment). Sesi penilaian adalah bertujuan menilai tahap terkini progres perkembangan kanak-kanak tersebut. Hasil proses penilaian, terapis dapat meletakkan matlamat intervensi (goal of intervention) yang bertepatan dan bersesuaian dengan kanak-kanak tersebut. Dengan matlamat intervensi yang tepat dan jelas, dapat membantu ibu bapa memahami dengan baik bantuan dan ransangan apa yang diperlukan oleh anak pada fasa tersebut. Sesi penilaian yang telah dijalankan akan dibekalkan dengan laporan bertulis untuk rujukan ibu bapa dan boleh juga diserahkan untuk rujukan doktor, sekolah dan professional lain yang terlibat.

Sesi intervensi yang dijalankan selepas sesi penilaian pula haruslah dilakukan secara konsisten dan berkala sekurang-kurangnya seminggu satu kali sesi. Pada setiap kali sesi, para terapis akan menjalankan aktiviti yang terdapat dalam matlamat intervensi yang ditetapkan untuk anak, dan mereka juga wajib memberikan konsultansi kepada ibu bapa berkenaan ‘home based program’ iaitu teknik dan aktiviti yang perlu disambung bersama anak di rumah untuk memastikan perkembangan anak terus menerus dirangsang dengan kaedah yang betul.

Mendapatkan intervensi dan konsultansi dari terapis yang berkemahiran adalah amat penting supaya kanak-kanak dan ibu bapa berada dalam landasan yang betul dalam meransang perkembangan anak. Tidak hanya semborono mengikut-ikut kebanyakan bentuk aktiviti ransangan yang dikongsikan di internet. Bersama dengan terapis, ibu bapa selalunya akan menjumpai sisi lain kaedah untuk mengasah pelbagai aspek kemahiran anak. Tidak hanya kemahiran bahasa dan komunikasi, tetapi juga meluas kepada kemahiran fokus dan duduk setempat, kemahiran motor halus dan kasar, kemahiran pengurusan diri, kemahiran kognitif dan pembelajaran, kemahiran tingkah laku bersesuaian, dan kemahiran interaksi sosial. Kesemua kemahiran ini amat penting untuk membentuk anak sebagai seorang individu yang holistik dan mampu untuk berdikari seiring dengan peningkatan usianya.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This