Tumbesaran kanak-kanak yang berlaku di depan mata sentiasa akan mengujakan ibu bapa dan orang sekelilingnya. Sekecil-kecil pencapaian dalam perkembangan mereka seperti mula merangkak sehinggalah mampu berlari, semuanya menjadi momen manis untuk kedua ibu bapa. Antara milestone perkembangan anak yang sangat dinantikan oleh ibu bapa adalah berjaya dalam toilet training sekaligus bebas dari memakai lampin bayi.
Bagaimanapun untuk mencapai milestone perkembangan ini, tidaklah seperti perkembangan yang lain. Kebanyakan milestone perkembangan yang dicapai oleh anak, amat bergantung kepada usaha dan kemahuan anak tersebut untuk mencuba dan menerokai sesuatu sambil didorong dan disokong oleh orang sekelilingnya. Sebaliknya pula untuk toilet training, tidak hanya bergantung kepada anak, tetapi penglibatan aktif kedua ibu bapa adalah lebih penting untuk melatih, mendisiplinkan dan konsisten dalam latihan yang diberikan.
Secara dasarnya toilet training boleh dilakukan seawal dari :
- Anak mula memahami arahan ringkas dan mudah,
- Mula menunjukkan gerak geri atau ekspresi tubuh yang berlainan semasa membuang air dalam lampin bayi,
- Boleh memaklumkan ingin buang air, atau sudah buang air (dalam lampin),
- Mula menunjukkan tidak selesa memakai lampin bayi, atau tidak selesa bila lampin bayi sudah penuh
- Ibu bapa, pengasuh atau pihak sekolah boleh memberikan komitmen masa untuk melatih anak
Semua kebolehan yang disenaraikan di atas tidak semestinya tertakluk pada peringkat umur yang tertentu. Ini kerana kebanyakan anak melalui tahap kesediaan yang berbeza apabila melibatkan toilet training. Ada kanak-kanak yang mampu dilatih seawal usia dua tahun setengah dan ada juga yang baru berjaya dilatih apabila umur sudah mencecah empat tahun. Pelbagai ragam anak-anak harus ditempuhi ibu bapa sepanjang melatih mereka untuk bebas dari lampin bayi. Ada anak yang memakan masa kurang sebulan saja untuk berjaya, ada pula yang sehingga setengah tahun baru menampakkan hasil.
Tetapi bagi ibu bapa yang dianugerahkan anak yang lewat dalam perkembangan atau yang bekeperluan khas, cabarannya dalam toilet training lebih jauh berbeza berbanding melatih kanak-kanak tipikal yang lain. Dengan limitasi mereka dari pelbagai sudut terutamanya komunikasi dan bahasa, kesedaran pada tubuh badan sendiri, isu kefungsian sensori dan lain-lain, sudah semestinya memerlukan pelbagai pendekatan yang lebih intensif dan berbeza daripada teknik yang biasa digunakan. Rata-rata ibu bapa juga amat memerlukan garis panduan daripada terapis untuk membantu mereka menangani perkara-perkara berbangkit sepanjang menjalankan toilet training dengan anak mereka.
Jika di Excel Qhalif sendiri, di dalam program harian EIP (Early Intervention Program), toilet training amat dititikberat sebagai salah satu milestone perkembangan yang perlu dicapai oleh anak untuk menggalakkan keupayaan berdikari. Setting kelas secara harian juga amat membantu para interventionist untuk merangka matlamat dan kaedah yang terbaik kepada anak yang terlibat sekaligus kekerapan latihan adalah lebih banyak dan intensif kerana kelas berjalan setiap hari.
Antara pendekatan yang diambil semasa menjalankan toilet training di dalam kelas EIP adalah :
- Anak deiperkenalkan dan diajar berkenaan persekitaran dan fungsi objek di dalam tandas
- Anak diajar RUTIN KE TANDAS. Ini kunci pertama bagi semua target yang kita set. Rutin dan konsisten.
- Bantuan arahan ke tandas mengunakan VISUAL CUES dan dibantu oleh guru untuk akan faham arahan mudah.
- Isu SENSORI juga akan dibantu sekali semasa potty training ini. Anak pengeli, tak nak pijak lantai basah atau takut duduk atas bangku tandas juga akan diatasi.
- REWARD dan galakan positif oleh setiap guru di dalam kelas EIP yang akan mempercepatkan proses potty training ini. Juga kerjasama yang berterusan oleh ibubapa dirumah. Pasti potty training ini berjaya!