Sebagai ibu bapa, kita berkerja keras setiap hari untuk membawa anak keluar ke tempat-tempat yang menarik untuk membahagiakan mereka. Itu adalah ekspektasi kita. Namun, kita faham secara realitinya tidak semua semudah itu terutamanya untuk anak yang memerlukan lebih perhatian dan bantuan. Ada juga kes yang parents datang kepada saya dan cerita anak terlalu active, susah untuk dikawal, menjerit menangis, berguling sehingga ibu bapa membuat keputusan lebih baik duduk di rumah.

Bukannya parents tidak mahu bawa anak keluar tetapi sebab risau banyak perkara akan terjadi dan tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah itu. Inilah maksudnya dilemma yang kita katakan itu. Selalunya dilemma itu akan berlaku apabila apa yang kita harapkan iaitu mahu anak bahagia sebaliknya menjadi satu tragedy atau perkara yang tidak dapat dikawal oleh kita dan anak.

Jadi, jangan risau para ibu bapa di luar sana. Saya ingin berkongsi satu cara yang dapat membantu parents mengatasi dilema ini untuk semua jenis anak tidak semestinya yang special sahaja. Caranya adalah untuk ‘Give your child Predictability’. Ceritakan dahulu kepada anak apa yang bakal berlaku. Bagaimana untuk beri predictability? Selain daripada cerita secara lisan (verbal) ia adalah bagus untuk parents menyediakan ‘Social Story’ untuk anak.

Social Story ini mengandungi informasi yang penting untuk menyediakan anak: apa yang akan berlaku, pergi mana, the do’s and dont’s di tempat tersebut dan and informasi yang lain. Contohnya, ibu bapa mahu bawa anak keluar pergi pusat beli belah seperti IOI City Mall. Dengan Social Story, terangkan menggunakan perkataan yang sikit dan jelas. Contohnya, esok kita akan pergi Kiddytopia di IOI. Di IOI, ada ramai orang, kadang-kadang bising, kena jalan banyak, tapi Ali kuat, Ali sabar. Mummy and daddy ada dengan Ali. Ali selamat.

Apa jadi kalau tiba-tiba pergi Kiddytopia, lepastu tempat itu sedang menjalani penambahbaikkan, sudah penuh, atau kena tunggu dalam barisan dan anak sudah mula marah? Kita faham terutamanya untuk anak yang ada Autism, mereka rigid dan tidak suka kepada perubahan. Jadi kita perlu ajar anak untuk ‘be flexible’ atau belajar terima perubahan.

Ibu bapa perlu include dalam Social Stories the What If’s atau kemungkinan yang bakal terjadi. Maksudnya, jika Kidzootopia tiada, kitab oleh pergi City Farm/Dreamworld Playland/Kidzoona/Lego Shop/Arcade. Jadi, itu apa ibu bapa boleh buat sebelum tapi jika sewaktu itu juga, saya ingin berkongsi dengan ibu bapa ‘Be Flexible Cards’. Ibu bapa perlu terangkan kepada anak pilihan lain yang ada dan berikan mereka peluang untuk memilih tempat yang mereka ingin pergi dan tempat tersebut perlu memberi kepuasan yang sama seperti rancangan yang sebelum ini.

Anak-anak yang lain pun boleh berbincang sama-sama tempat mana mereka mahu pergi jadi ia adalah satu inklusif aktiviti untuk satu keluarga. Tujuan ‘Be Flexible’ cards ni adalah untuk melatih anak kita yang istimewa ini untuk menjadi fleksibel dan terima perubahan, pada waktu yang sama satu keluarga dapat gembira. Jadi walaupun Kiddytopia tutup, ada pilihan yang lain untuk berseronok bersama-sama. Ibu bapa perlu buat penyelidikan yang meluas sebelum pergi ke satu tempat dan ada rancangan A, B,C dan D jika ada sesuatu terjadi di luar jangkaan kita.

Contohnya, jika kita nak pergi aktiviti di luar, kita kena tengok dulu berita cuaca bagaiman. Jika hujan, kita bawa payung, topi dan banyak lagi. Sama juga dengan membawa anak keluar. Perlu ada strategies yang kita amalkan seperti Social Stories dan Be Flexible cards.
Ibu bapa boleh cuba waktu hari minggu ini. Mula dengan tempat yang senang untuk setengah jam sahaja dahulu. Kalau berjaya, boleh praktis di tempat lain seperti pusat beli belah, kedai makan, pantai dan banyak lagi.

Semoga apa yang dikongsi hari ini bermanfaat untuk para pembaca dan meningkatkan motivasi untuk mencuba Social Story dan Be Flexible cards bersama anak untuk meningkatkan keyakinan parents untuk membawa anak keluar

BIODATA PENULIS

ADRIANNA NUR

Clinical Psychologist

Graduan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Master of Clinical Psychology. Kini berkhidmat sepenuh masa di Excel Genius Special School di bawah Excel Qhalif. Beliau menjalankan sesi diagnosis (Psychological Assessment) dan sesi intervensi (Applied Behavior Analysis Therapy) di Excel Qhalif.

Applied Behavior Analysis Therapy (ABA Therapy)

Program ini sesuai untuk anak-anak berkeperluan khas seperti autism, ADHD dan Intellectual Disability berumur 3 tahun ke atas. Ia juga sesuai unutk anak typical tapi mempunyai masalah tingkah laku seperti sukar mengawal emosi, agresif, tantrum, kurang sabar, ketagih kepada alatan elektronik seperti video games dan banyak lagi. Ia dijalankan oleh Klinikal Psikologist yang terlatih dan berpengalaman. Program ini juga sesuai jika anak anda memilik ciri-ciri seperti:

  • Bermain Sendirian (Own Agenda)
  • Tiada Hubungan Mata (Eye Contact)
  • Lambat Bercakap (Late Talker)
  • Tidak Boleh Mengikut Arahan
  • Tidak Boleh Duduk Lama & Memberi Tumpuan
  • Kurang Kemahiran Sosial
  • Mengibas-ngibas Tangan (Flapping Hands)
  • Suka Menjerit-Jerit

*Khidmat ini hanya disediakan di Excel Genius Special School, Kajang.

Kepada ibubapa yang ingin membuat temujanji terapi dan mendapatkan khidmat nasihat. Boleh hubungi:

Cawangan Excel Genius Special School:
SMS/CALL ke 011-56901579 (Teacher Fatin)

Pin It on Pinterest

Shares
Share This