Pasti pembaca menekan tajuk ini kerana mahu mengetahui perbezaan introvert dan juga extrovert ataupun mungkin mahu kenalpasti diri anda yang mana satu, betul? Tahukah anda, terma Introversion dan Extroversion ini datang daripada teori personaliti yang dicipta oleh Carl Jung iaitu pakar psikiatri dari Switzerland sewaktu abad ke-20. Personaliti ialah ciri-ciri atau karakter seseorang (American Psychological Association, 2022).

Carl Jung mendefinisikan Introverts sebagai orang yang menerima rangsangan atau tenaga dari dalam (from within) dan Extroverts adalah orang yang menerima rangsangan dari persekitaran (from the environment). Kebanyakkan orang akan ada persepsi negative terhadap Introverts seperti mereka ini pemalu, suka menyendiri dan pasif tetapi sebenarnya lumrahnya mereka lebih selesa bersendirian dan memilih aktiviti yang santai seperti membaca buku dan tidur. Untuk Extroverts pula, mereka mahukan hidup yang penuh dengan agenda luar biasa atau kehidupan yang adventurous dan dikelilingi orang ramai untuk bersosial.

Jadi tujuan artikel ini adalah untuk membantu masyarakat untuk cuba kenal dan faham diri sendiri dan juga orang disekeliling dengan lebih mendalam. Selain daripada itu, kita akan berkongsi kelebihan personality Introvert dan Extrovert untuk mengenalpasti kekuatan diri kita.

Tahukah anda, terdapat ramai individu yang berjaya dan terkenal di seluruh dunia adalah introverts seperti Albert Einstein, Emma Watson, J.K. Rowling dan Elon Musk. Menurut research, kelebihan pertama Introverts adalah mereka seorang yang tenang. Mereka tenang dan membuat orang disekeliling mereka juga tenang. Ini bagus apabila ada kecemasan, mereka akan bantu semua orang untuk menenangkan diri dan berfikir secara rasional. Ini adalah kita akan dapat berfikir dengan lebih teliti jika kita tenang.

Kelebihan kedua adalah kesihatan. Introverts akan fikir dahulu sebelum bercakap atau membuat sesuatu, mereka akan fikir ‘pros and cons’ tindakan dan akibat tindakan mereka dan tidak bertindak secara terburu-buru. Disebabkan mereka mendapat tenaga melalui aktiviti santai, mereka mendapat rehat yang secukunya yang menyumbang kepada kesihatan mental dan fizikal.

Kelebihan terakhir adalah, mereka seorang pemimpin yang bagus. Introverts dikatakan adalah pemimpin yang lebih efektif kerana dalam group, mereka menggalakkan anak buahnya untuk memberikan idea dan pendapat mereka. Dia akan mendengar idea yang diberikan, teliti kepada details, menilai adan membuat keputusan yang terbaik untuk masa akan datang.

Bagaimana pula dengan Extroverts? Extroverts sangat bagus apabila bergaul dengan orang disekeliling. Mereka ini pandai bercakap, penuh dengan tenaga dan confident. Apabila mereka bercakap, kita akan tertarik untuk mendengar.

Kelebihan pertama Extrovert personality ini adalah it promotes fast growth maksudnya mereka akan cepat naik dalam organisasi atau di tempat kerja. Mereka berani untuk menonjolkan diri dan menyuarakan pendapat yang membuatkan orang ada good first impression terhadap mereka. Mereka juga senang untuk mengenal orang baru dan build connections yang menyumbang kepada kejayaan mereka.

Kelebihan Kedua adalah kemahiran berkomunikasi yang bagus. Mereka responsif, membuat orang disekeliling selesa dan tidak janggal. Mereka tahu macam mana nak memulakan perbualan, tanya soalan dan respond untuk membuat conversation itu lebih menarik.

Kelebihan ketiga adalah mereka expressive. Mereka senang untuk meluahkan perasaan dan isi hati mereka. Contohnya jika mereka stress atau sedih mereka akan luahkannya dan tidak memendam sehingga ia mempengaruhi kesihatan mental mereka. Jika ada konflik, mereka akan berterus terang untuk menyelesaikan masalah.

Disebabkan, Introverts dan Extroverts ini berlainan, contohnya dalam alam pekerjaan atau bersosial, bagaimana kita boleh berkerja dengan aman?

Pertama adalah Be Observant. Apabila di situasi baru, semua orang perlu observe personaliti orang disekeliling untuk tahu bagaimana untuk membawa diri. Dari situ, kita akan berhati-hati untuk dengan percakapan dan perbuatan kita.

Kedua adalah Be Understanding. Semua manusia dilahirkan dengan ciri-ciri yang berlainan. Kita dibesarkan berlaianan jadi pendapat juga berlainan. Oleh sebab itu, penting untuk mengambil masa memahami orang disekelining.

Terakhir, adalah Learn From Each Other. Bila kerja dalam pasukan, kemungkinan besar kita akan kerja dengan orang yang bersikap lain dari kita. Bagus jika kita dapat fokus kepada kebaikan seseorang daripada keburukan mereka. Contohnya, Introverts boleh belajar berkomunikasi seperti Extroverts daripada melihat mereka secara negative seperti riak atau bising. Extroverts boleh belajar untuk mendengar seperti Introverts. Mereka boleh belajar untuk mendengar dan memberi ruang kepada orang lain untuk bercakap.

REFERENCES

Evans, L. (2019). Six things introverts and extroverts can learn from each other. https://www.fastcompany.com/90295027/six-things-introverts-and-extroverts-can-learn-from-each-other. Retrieved on 8th February 2023.

Personality. (n.d.). https://www.apa.org/topics/personality. Retrieved on 8th February 2023.

Five Benefits of Being an Introvert. (2023). https://www.waldenu.edu/online-bachelors-programs/bs-in-psychology/resource/five-benefits-of-being-an-introvert#:~:text=Because%20introverts%20tend%20to%20think,get%20more%20sleep%20than%20extroverts. Retrieved on 8th February 2023.

BIODATA PENULIS

ADRIANNA NUR

Clinical Psychologist

Graduan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Master of Clinical Psychology. Kini berkhidmat sepenuh masa di Excel Genius Special School di bawah Excel Qhalif. Beliau menjalankan sesi diagnosis (Psychological Assessment) dan sesi intervensi (Applied Behavior Analysis Therapy) di Excel Qhalif.

Psikoterapi

Program ini sesuai untuk individu dari semua peringkat umur seperti anak, remaja, dewasa dan juga warga emas. Psikoterapi ialah istilah umum untuk merawat masalah kesihatan mental dengan bercakap dengan pakar psikiatri atau ahli klinikal psikologi. Semasa psikoterapi, anda akan belajar dan faham tentang keadaan anda dari sudut emosi, cara pemikiran dan tingkah laku anda.

Psikoterapi ialah pendekatan yang memberikan kelegaan jangka panjang dan bertujuan untuk mendapatkan kesedaran yang lebih mendalam tentang masalah yang dihadapi. Ia dijalankan oleh Klinikal Psikologist yang terlatih dan berpengalaman. Program ini juga sesuai jika individu memilik ciri-ciri seperti:

  • Sering risau, sering sedih, hilang minat kepada aktiviti yang pernah diminati (anhedonia)
  • Kurang keyakinan diri.
  • Gangguan kebimbangan (Anxiety), seperti Obsessive Compulsive Disorder(OCD), fobia, gangguan panik (Panic Disorder) atau gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).
    Gangguan mood, seperti kemurungan (Depresi) atau gangguan bipolar
  • Ketagihan seperti video game addiction atau ketagihan menonton pornografi.
  • Gangguan makan, seperti anoreksia atau bulimia
  • Gangguan personaliti, seperti gangguan Borderline Personality Disorder atau Dependent Personality Disorder.

*Khidmat ini hanya disediakan di Excel Genius Special School, Kajang.

Kepada ibubapa yang ingin membuat temujanji terapi dan mendapatkan khidmat nasihat. Boleh hubungi:

Cawangan Excel Genius Special School:
SMS/CALL ke 011-56901579 (Teacher Fatin)

Pin It on Pinterest

Shares
Share This