Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas.
Mengikut statistik, nisbah seorang dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1: 150) yang lahir menghidapi autisme. Bilangan kes ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas.
Sekaligus menjadikan isu ini menjadi kebimbangan dan tanda tanya buat segenap masyarakat dunia bagaimana perkara ini boleh meningkat dengan drastiknya dan apakah kesan langsung kepada penghidapnya.
Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka…
- Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
- Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
- Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.
- Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)
- Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.
Ciri-ciri secara ringkas anak autisme yang boleh dikenalpasti
Adakah Suntikan Vaksin Berhubungkait Dengan Autisme ?
Kebanyakkan media mendakwa bahawa Vaksin MMR (measles, mumps dan rubella) sebagai salah satu punca kepadanya. Vaksin tiga serangkai ini lazimnya diberikan kepada bayi yang berumur di 12 bulan ke atas. Ini berikutan daripada meningkatnya jumlah pesakit Autisme di Amerika Syarikat yang jauh lebih awal memperkenalkan vaksin MMR berbanding UK dan Malaysia sendiri.
Namun kajian menunjukkan bahawa tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong teori ini. Pada masa kini, masih terdapat kajian yang sedang dijalankan untuk mengesahkan kesahihan perkara ini.
Apa Yang Ibubapa Harus Lakukan…
{ Firman Allah S.W.T : ” Tiada penyakit tanpa ubat kecuali MATI ” }
Tingkatkan kesedaran untuk mengesannya dari awal dengan memberi kaedah pendidikan sesuai masalah anak autisme mampu diuruskan dengan baik. Teknik pengecaman yang paling MUDAH untuk dikenalpasti simptom ini oleh para ibubapa ialah dengan membawa mereka untuk bergaul dalam kumpulan kecil.
Rasionalnya, anak-anak akan mula belajar bagaimana untuk berkomunikasi, bekerjasama dan berada dalam suasana yang sedikit riuh daripada biasa dalam aktiviti berkumpulan ini.
Lantas, perhatikan karektor dan bagaimana tindakbalas komunikasi mereka sesama rakan yang lain ketika di dalam kumpulan. Semakin awal dikesan, semakin mudah untuk kita bawa mereka ‘keluar’ daripada zon gangguan ini.
Takut-takut jika ianya tidak diatasi sejak awal, gejala ini akan melumpuhkan proses pembelajaran mereka kelak. Walaupun fizikal mereka nampak normal, tetapi hakikatnya tidak.
*****
Excel Occupational Therapy
Program ini sesuai untuk anak-anak berkeperluan khas seperti autisme, ADHD, ADD, global delay GDD, speech delay, dyslexia mahupun down syndrome.Ia dijalankan secara one to one oleh terapis yang terlatih dan berpengalaman. InsyaALLAH, program ini juga sesuai jika anak anda memiliki ciri-ciri seperti:
-
- Bermain Sendirian (Own Agenda),
- Tiada Hubungan Mata (Eye Contact)
- Lambat Bercakap (Late Talker)
- Tidak Boleh Mengikut Arahan
- Tidak Boleh Duduk Lama & Memberi Tumpuan
- Kurang Kemahiran Sosial
- Mengibas-ngibas Tangan (Flapping Hands)
- Suka Menjerit-Jerit
Kepada ibubapa yang ingin membuat temujanji terapi dan mendapatkan khidmat nasihat. Boleh hubungi kami : Klik Di Sini
*****
Testimonial Excel Occupational Therapy.
Lagi artikel-artikel berkaitan:
1) Kepentingan Intergrasi Sensori Kepada Kanak-kanak (klik sini)
2) Kenali Petanda Anak Autisme (klik sini)
3) Bagaimana Rawatan OT Membantu Anak Autisme –(klik sini)
4) Anak & Fokus dari Kacamata Seorang Occupational Therapist —(klik sini)
5) Didik Anak Autisme Menjadi Normal Mulai Hari Ini –(klik sini)
*****
Excel Qhalif Juga Menyediakan Kelas-kelas seperti berikut;
1) Terapi Carakerja (Occupational Therapy)
2) Terapi Pertuturan (Speech Therapist)
3) Program Intervensi Awal (Early Intervention Program)
4) Playgroup Xtra (untuk anak-anak istimewa)
5) Excel Qhalif Playgroup (untuk anak-anak tipikal @ normal)
*****
Sekiranya anak anda memerlukan rangsangan interaksi sosial dan kelas dihujung minggu, anda dijemput menyertai Kelas Playgroup kami …
Kelas playgroup ini dijalankan setiap hujung minggu dan dibuka penyertaan kepada anak-anak berkeperluan khas yang berumur diantara 2 ke 6 tahun sahaja. Uniknya kelas ini, ibubapa juga boleh turut sertai aktiviti kelas. Sertai sekarang!!
Untuk info lanjut, anda boleh klik banner di bawah:
Assalammualaikum,
baru2 ni sy ade terbaca ttg ciri2 autisme..anak sy br berumur 14bulan.sekarang ni tabiat yang die suka buat ialah menghantukkn kepalanya di kerusi, grill, ataupun akan ambil mainan or benda2 lain kemudian ketuk kepala sendiri..kadang2 berlakon seolah mcm mkn..selalu sy tertipu sbb igtkn die ade kutip bnda di simen..kadang2 suka mengibaskan tangan sambil mulut bising..boleh ke umur 14bulan ni kte nmpk ciri2 autisme?ble terbaca ni sy risau plk..
Salam..Waida seperti sama pula APA yg awak kata kan ciri2 yg ada kat anak awak tu .sama mcm anak sy suke tepuk atau pukul kepala dia.suka jerit2 n kdng ape yg sy tak tahan , ape yg dia nak kita kene buat dgn cpt.cbth mcm susu ke klu lambat die marah kdng mgamuk ..risau sy ..anak sy 3 tahun..
salam anak saya umur 7thn dan masih tidak boleh ckp,tetapi he can sing and make hummng.kadang kala agresif seperti suka jerit cry gelak.pening buat i.i seorang bapa tunggal dan mempunyai 2 anak normal dan perlukan panduan dan tunjuk ajar dari kalangan pembaca.tq.
Assalamualaikum… Anak saya baru sahaja berumur 3 tahun.. sejak kebelakangan ni anak saya tak boleh bau sesuatu yang busuk walaupun bau tu okay pada kita.. contoh macam bau tapai, bau orang sedang menumis.. dan dia jugak selalu tutup telinga bila dengar sesuatu yang kuat.. contoh bila suami/atuk dia start enjin van, bunyi hujan turun, dan something yang boleh mengganggu atau ketidak keselesaan bagi dia.. adakah itu salah satu tanda autisme??
Salam sjhtra, anak saya lelaki 16 bulan dan saya mendapati dia suka susun barang dan mempunyai masalah dalam pertuturan seprti emmm.tutu dan bila diajar untuk berbual mendapati dia tidak fokus…. serta selalu bermain kasar dengan budak lain sampai mengigit dan memukul dengan benda…. adakah dia menghidap autisme… tetapi dia sendiri dah pandai makan, pakai baju dan seluar cuma tidak bercakap tetapi faham bila kita beri arahan
hye,sy ada ank berumur 5 thun. dia suka mengulangi percakapan ,kalau kta x ikut dia akan mengamuk. tapi dia boleh bercakap ,jika inginkan sesuatu atau memberitahu sesuatu.Anak sy da pandai mkan,pakai bju pergi tandas dgn sendiri.. cuma masalahnya sy keliru adakah anak sy autisme atau x.dia cuma mempunyai msalah komukasi, dia suka mengulangi percakapan..
Assalamualaikum… Anak saya baru sahaja berumur 3 tahun.. sejak kebelakangan ni anak saya tak boleh bau sesuatu yang busuk walaupun bau tu okay pada kita.. contoh macam bau tapai, bau orang sedang menumis.. dan dia jugak selalu tutup telinga bila dengar sesuatu yang kuat.. contoh bila suami/atuk dia start enjin van, bunyi hujan turun, dan something yang boleh mengganggu atau ketidak keselesaan bagi dia.. adakah itu salah satu tanda autisme??