Pernahkah kita terfikir bagaimana perasaan anak-anak yang menjadi mangsa buli di sekolah ? Melalui tingkah laku mereka yang suka bersendiri dan kadangkala menjadi ketakutan secara tiba-tiba cukup mengambarkan betapa besarnya TRAUMA yang sedang mereka hadapi.
Mengikut statistik dari Center for Disease Control and Injury Preventation, lebih 1.7 juta manusia mengalami trauma kecederaan otak/ traumatic brain injury (TBI) ini setiap tahun. Kebanyakkan kes yang menjadi penyebab kepada penyakit ialah adalah disebabkan kemalangan jalanraya, bencana alam, serangan mengejut ataupun terjatuh.
‘Kecederaan’ otak yang serius boleh terjadi disebabkan kesan trauma ini. Kecederaan ini turut mengakibatkan kelainan dalam cara mereka berfikir, bertindak dan lebih beremosi yang mampu mengubah pemikiran anak-anak dalam sekelip mata.
Bagaimana kesan ‘kecederaan’ otak ini berlaku ?
Gambarajah disebelah menunjukkan beberapa fungsi bahagian otak kiri dan kanan. Apabila ‘kecederaan’ otak terjadi, salah satu fungsi kedua-dua otak tersebut akan tidak berfungsi. Inilah jawapan kepada kelainan karektor penghidap trauma bergantung kepada berapa peratus kecederaan yang dialami.
Seni Kreatif Adalah Cara Terbaik Untuk Mengatasinya…
Kisah benar diceritakan oleh seorang Pakar Psikiatri dalam sebuah Journal Kanak-Kanak : Kesan Tsunami di Sri Lanka, yang majoriti kanak-kanak mengalami trauma yang teruk akibat bencana yang turut kehilangan ibubapa dalam episod ngeri tersebut.
Pakar-pakar kaunseling dan terapi dihantar untuk memulihkan kembali semangat mereka namun ianya tidak berhasil walaupun dicuba pelbagai cara. Sehinggalah didatangkan seorang pelukis yang menyuruh anak-anak trauma ini melukis apa yang mereka rasa ketika itu.
Mereka mula melukis babak-babak orang mati lemas, ombak yang meninggi serta rumah yang musnah untuk mengambarkan bencana yang mereka lalui. Proses terapi trauma ini dilakukan sehinggalah mereka mula melukis laut yang tenang dan berjaya membawa mereka kembali bermain-main di laut semula. Sungguh mengkagumkan !
Seni Kreatif Mampu Meningkatkan IQ dan Kognitif Anak-Anak
- Meningkat daya ingatan/memori – Di usia bawah 6 tahun, anak-anak masih lemah untuk membina memori dalam kotak ingatan mereka. Melatih mereka melukis , mewarna ataupun melakukan aktiviti seni dan kraftangan adalah cara terbaik bagi mereka mengambarkan apa yang ada di dalam fikiran mereka. Sebab itu seni kreatif ini sangat penting untuk membantu anak-anak dalam menghafal sifir mahupun menghafaz Al-Quran dengan lebih mudah. Sebagai contohnya, teknik pembelajaran menggunakan ‘flash cards’ antara medium terbaik dalam memudahkan anak menafsir maklumat dengan pantas berbanding kosa kata. Proses ini dinamakan ‘pictorial message’ yang membantu IQ mereka berkembang lebih pesat.
- Daya Imaginasi berkembang – Imaginasi memerlukan kreativiti dan ianya umpama sebuah pengembaraan minda. Ketika ini, anak-anak sangat taksub dengan karakter di kaca televisyen yang wujud hasil imaginasi pelukis grafik. Kecerdikan IQ anak-anak bukan hanya semata pada berapa banyak ‘A’ yang mereka perolehi, malah lebih daripada itu. Bagi menghasilkan sebuah animasi yang hebat seperti ‘Upin & Ipin’ atau ‘Boboiboy’, kita mestilah mempunyai imaginasi yang hebat bukan ? Dan saya percaya naskhah hebat siri animasi itu terhasil hasil latihan sejak kecil lagi.
- Bertindak sebagai penstabil minda / stress relief anak-anak apabila berdepan dengan tekanan. Seni kreatif bukan sahaja meningkatkan IQ mereka malah bertindak sebagai pengurus emosi yang terbaik. Tak percaya ? Soroti kisah trauma anak-anak malang kesan bencana tsunami di atas kembali.
Seni kreatif ataupun kreativiti ini merentasi segenap lapisan umur termasuk kita sebagai ibubapa. Cumanya perkara inilah yang kadangkala kita terlupa kerana terlalu ‘tertekan’ untuk mendidik anak-anak untuk mendapat keputusan ‘A’ yang banyak dalam keputusan peperiksaan.
Perhatikan imej di sebelah ini. Ada yang berkata di dalam hati, “oh..saya nampak segelas susu yang hampir penuh” dan ada pula yang mengatakan, ” ianya segelas susu yang suku kosong”. Hasil kelainan daripada buah pemikiran inilah yang dinamakan kreativiti ! Yang pastinya kedua-duanya pendapat itu tidak salah.
Seni Kreatif Semakin Berkembang Bersama Kawan-Kawan…
Semua kanak-kanak sukakan bermain, terutama bersama kawan-kawan. Hadirnya kawan-kawan bukan sahaja menjadikan proses pembelajaran semakin seronok malah membantu daya kreativiti mereka semakin berkembang. Walaupun pada dasarnya, anak-anak tercabar apabila melihat hasil seni kreatif rakan lebih cantik darinya, nah disitulah terbit usaha mereka untuk mengasah daya kreativiti mereka agar lebih baik lagi.
Program playgroup misalanya, adalah antara platfrom untuk setiap ibubapa untuk melatih daya kreativiti anak-anak. Bayangkan ianya adalah seperti sebuah payung, yang setiap kelopak payung itu mewakili elemen-elemen penting dalam pertumbuhan sihat anak-anak. Komunikasi sosial dapat dipupuk, sikap toleransi dan berkongsi dapat dipelajari dan semuanya itu hanya ada di dalam kelas playgroup.
Sebagai BONUS buat anda semua, kami buka peluang untuk anda menyertai KELAS PERCUMA Excel Qhalif Playgroup. Sila semak tarikh dan mendaftar dengan klik banner di bawah ini :
Selamat menjelajahi kreativiti anda bersama-sama si manja dan salam hormat,