Kanak -kanak dibawah usia dua tahun lazimnya tidak boleh membezakan barang milik orang lain dengan barang milik sendiri. Oleh itu, apabila dia ternampak sesuatu yang menarik minatnya, dia akan mengambilnya tanpa memikirkan yang perbuatan itu salah.
Kadangkala kaedah dengan membebel dan memarahi mereka dengan kata-kata nasihat juga tidak mampu mengurangkan tabiat atau hobi buruk mereka ini. Siapa yang tak risau kan. Kecil-kecil lagi sudah pandai mencuri. Esok lusa da besar lagi teruk perangainya.
Apakah puncanya ?
Tabiat atau hobi wujud akibat daripada perasaan kurang selesa, perasaan serba kekurangan atau bosan. Anak-anak ini juga adalah hasil kurangnya mendapat perhatian daripada ibubapa. Samada ibubapa mereka sibuk bekerja ataupun sibuk melayan adik-beradik yang lain.
Seringkali kita kategorikan mereka ini sebagai kanak-kanak yang bermasalah. Jangan tidak percaya, tabiat ini boleh terjadi seawal umur 6 tahun lagi. Mereka berjinak-jinak dalam tabiat ini apabila mencuri barang-barang kawan di kelas seperti pensil, pemadam dan sebagainya.
Tahukah kita bahawa, mencuri adalah salah satu caranya untuk mereka meraih perhatian. Terutama sekali perhatian daripada ibubapa. Sebab itu kebanyakkan pakar-pakar motivasi dan keibubapaan menegaskan bahawa mengapa aktiviti yang berkonsep kekeluargaan dan ‘family bonding time’ itu penting. Malah, ianya sangat penting. Duit boleh dicari tetapi masa bersama keluarga dan anak-anak takkan berulang kembali.
Jalan penyelesaiannya…adalah curahan kasih sayang.
Solusinya, ibubapa perlu meluangkan lebih banyak masa kepada kategori anak-anak seperti ini agar akaun emosi mereka kembali di paras yang normal.
Mereka juga bukanlah anak-anak yang mendapat prestasi corot di sekolah. Mereka bijak. Hanya perhatian dan kasih sayang dapat menstimulasi kembali perkembangan sihat anak-anak ini. Tak sampai sebulan jika perhatian yang penuh diberi, masalah ini akan selesai.
Tanpa anak-anak, sunyilah rumah kita. Sesungguhnya mereka ada adalah kerana kita. Jadi, berilah mereka hak yang sepatutnya mereka dapat daripada kita. Walaupun pelbagai halangan perlu kita hadapi.
Salam sayang,
Teacher Ayu