Jika 10 tahun dahulu pendidikan yang terawal buat anak-anak ialah tadika atau pra sekolah. Namun kini atas dasar kesedaran dan keprihatinan para ibubapa terhadap perkembangan pendidikan awal kanak-kanak, program playgroup kini menjadi pilihan.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan program playgroup ini. Paling penting apakah faktor yang akan menyumbang kepada pembentukan intelektual dan fizikal anak-anak kita.
Asal- usul playgroup
Di United Kingdom, program playgroup ini telah ditubuhkan sejak tahun 1980-an lagi yang kebanyakkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anak-anak berumur 2 hingga 3 tahun tentang alam di taska.
Kebanyakkan program ini dijalankan oleh sekumpulan ibu atau bapa yang mengajar anak mereka sendiri di rumah atau istilah lain ialah homeschooling.
Mereka juga percaya melalui interaksi dengan dunia luar terutama anak-anak yang lain akan merangsang pembelajaran anak mereka dengan lebih baik.
Konsep yang diajar adalah lebih terbuka dan santai. Kebanyakkan aktiviti pembelajaran yang dilakukan berkonsepkan kaedah montessori.
Anak-anak digalakkan bermain bersama rakan-rakan kumpulan yang lain dengan diselia oleh seorang ibu atau bapa bagi setiap anak.
Seperti yang kita maklum, kaedah montessori banyak memfokuskan kemahiran fizikal dan sosial anak-anak. Anak-anak berlainan umur sekitar 2 hingga 4 tahun digabungkan sekali di dalam satu kumpulan. Banyak yang anak-anak pelajari di dalam program playgroup ini walaupun pada mata kasar mereka kelihatan hanya sekadar bermain.
Tanggapan ini salah pada kebanyakkan ibubapa yang baru pertama menyertai program playgroup ini apabila melihat sendiri anak-anak mereka boleh menyanyi dan menunjukkan minat untuk belajar dalam tempoh sebulan menyertai program playgroup ini.
Sejak keberkesanan itulah program playgroup ini secara meluas diadakan di bandar-bandar maju di seluruh negara seperti Hong Kong, Australia, Netherlands, United States dan banyak lagi.
Faktor Yang Merangsang Pertumbuhan Intelektual Anak
1) Anak Suka Ke Sekolah
Bagi anak-anak sekolah adalah tempat yang paling menakutkan bagi mereka. Gambaran rotan, buku yang banyak dan kawan-kawan menjadi bahan igauan dan trauma mereka.
Untuk mengatasi kekeliruan yang mereka hadapi ini, program playgroup mampu menukarkan rasa takut ke sekolah kepada suka ke sekolah dalam tempoh 1 hingga ke 2 bulan kelas.
Program playgroup ini dicipta untuk menghasilkan minat anak-anak untuk belajar dan bersosial bersama rakan yang lain. Mereka tidak dikerah untuk melakukan kerja rumah tetapi didorong untuk bermain bersama rakan yang lain dalam skop pembelajaran yang terancang.
Muzik dan permainan antara elemen kesukaan anak-anak kecil. Oleh itu, di dalam kelas playgroup anak-anak akan didedahkan dengan muzik yang mengikut tema/ thematic approach. Antara topik atau tema yang diajar adalah tentang anggota tubuh mereka, keluarga mereka, haiwan, Allah Pencipta dan banyak lagi yang tidak membebankan mereka.
Mengikut testimoni kami, ramai ibubapa memberitahu bahawa anak-anak mereka sangat sukakan ke tadika dan sangat mudah bergaul bersama kawan-kawan lain apabila telah tamat mengikuti program playgroup ini sepanjang setahun. Pengorbanan yang tidak sia-sia mereka tegaskan.
2) Meningkatkan Kemahiran Sosial dan Yakin Diri
Jika kita mempunyai anak seorang sahaja, pastinya kita memahami perasaan si kecil untuk mempunyai rakan yang lain.
Berlajar sambil belajar bersama kawan pastinya seronok. Idelogi itu semuanya mereka lihat di kaca televisyen seperti rancangan Upin & Ipin yang menayangkan episod ke sekolah.
Hakikatnya memang betullah apa yang anak-anak kita sangkakan itu. Malah mereka bukan sahaja mendapat peluang bersama kawan yang lain, mereka juga dapat berinteraksi antara satu sama lain walaupun pada mulanya kelihatan semuanya malu-malu.
Bagi sesetengah ibubapa berpendapat memberi anak-anak bahan bacaan dan menonton TV pendidikan cukup bagi anak mereka yang berumur 2 tahun. Cara ini bukan sahaja memberi tekanan dan menutup potensi anak-anak untuk berkembang malah akan menghasilkan masalah yang lain seperti menjadi pendiam yang selesa pada dunianya sahaja, tidak mahu berkongsi barang dengan yang lain (indivualistik) ataupun kurang daya yakin diri iaitu penakut yang teruk.
Seperti kita yang hidup sentiasa berinteraksi bersama yang lain, begitu halnya juga bagi anak-anak walaupun seawal 2 tahun lagi. Naluri berkawan sudah terbina sejak mereka mula mengenal orang sekeliling. Terpulang pada kita untuk menghentikan fitrah itu atau melonjakkan potensi mereka itu.
3) Berakhlak Mulia
Setiap satu daripada kita mahukan anak-anak yang berakhlak mulia dan beramal soleh. Setiap satunya ini boleh diajar hanyalah melalui contoh teladan yang kita pamerkan.
Anak-anak mudah meniru apa yang dilihat, baik ataupun buruk. Di dalam kelas playgrouplah masanya untuk kita mempamerkan akhlak yang baik untuk anak-anak dengan menjadi mata dan telinga pada setiap tingkahlaku dan percakapan mereka.
Ada juga perkongsian diterima bahawa anak-anak kecil mereka mula menyebut perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya. Ianya berlaku tanpa pengetahuan kita, amatlah sedih.
Kerana itu peluang untuk menyertai kumpulan sokongan seperti playgroup ini antara peluang keemasan yang perlu kita ambik kira. Kita sendiri secara tak langsung boleh mendidik anak-anak kita dengan menjadi pendiding kepada benda-benda yang negatif.
Peliharalah minda anak-anak
Otak anak-anak ibarat sebuah span basah. Mereka akan menyerap apa sahaja yang diberi. Jika kita suapkan minda mereka dengan perkara yang negatif, maka negatiflah jadinya. Minda mereka perlu dirangsang setiap hari.
Semakin berkualiti rangsangan yang diterima, semakin berkembang pesat pusat pemikiran mereka. Akal dan fikiran andalah anugerah yang tak ternilai. Maka peliharalah dan berilah makanan minda yang baik buat anak-anak syurga kita nanti.
Semoga berjaya !
Teacher Ayu di Excel Qhalif
Sesungguhnya masa kecil anak hanya sekali sahaja, dan takkan berulang buat kali kedua. Anak juga bukanlah bahan eksperimen yang boleh ditukar ganti dengan yang lain. Sertailah keluarga bahagia kami di Excel Qhalif hari ini.
Klik link di bawah untuk keterangan lanjut dan berdaftar kelas percubaan Excel Qhalif Playgroup www.excelqhalif.com/kelas-playgroup-percubaan/
Trackbacks/Pingbacks