Antara isu yang popular dikalangan ibubapa dan pendidikan yang sedia ada di Malaysia ini ialah bagaimana pengajaran secara bermain dapat menyumbang kepada intelektual anak.

Nama pun perkataan itu adalah bermain, jadi mentaliti kita yang telah hadam sejak bertahun-tahun dahulu berpandangan kaedah ‘play & learn’ itu tidak masuk akal dalam memandaikan mereka.

Dunia setiap dekad berubah, begitulah juga manusia. Cabaran terbesar buat anak-anak zaman millenium ini ialah faktor pendedahan atau exposure capaian teknologi yang sangat mudah dan murah.

Sejauh mana kaedah ‘play & learn’ ini membantu anak kita ? 

Tadika dan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berorientasi ‘english-medium’ dan islamik tumbuh merata-rata hari ini. Selain menyahut seruan kerajaan untuk memastikan anak-anak bangsa Melayu ini fasih berbahasa Inggeris selain bahasa ibunda, ia juga adalah disebabkan tatacara hidup bandar atau ‘urban lifestyle’ yang semakin wujud di kalangan masyarakat kita.

Ianya bagus dan itu juga menunjukkan satu penanda aras bahawa pendapatan bangsa Melayu semakin stabil dan ramai juga yang kaya-raya. Kuasa membeli kita semakin besar dan atas sebab itulah kebanyakkan tadika ataupun playgroup seperti Excel Qhalif Playgroup menjadi tumpuan utama untuk memberi pendidikan awal kepada anak mereka.

Menjawab tajuk utama di atas, antara sebab utama bagi ibubapa atau anak-anak yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan utama di rumah namun boleh mengingat setiap bait lirik lagu di dalam bahasa Inggeris adalah disebabkan ianya seronok atau fun.

Biasa dengar lagu ‘The Chicken Dance” di you-tube ataupun melalui CD Nursery Rhymes ? Melalui lagu tersebut kita sebagai ibubapa mahupun guru pendidikan awal kanak-kanak/playgroup lebih mudah mengajar anak-anak kecil ini tentang tubuh badan mereka melalui lagu yang sangat ‘fun & catchy’ ini.

Cuba bayangkan kita ajar anak-anak kita dengan hanya menyebutkan perkataan tubuh badan itu satu persatu berbanding dengan lagu di atas. Pasti ada perbezaan yang paling jelas ialah, tidak sampai 3 minit anak kita pun hilang mencari benda lain yang dirasakan lebih seronok.

Saya akui, anak-anak kecil memang sukar duduk diam, jadi kita sebagai guru atau ibubapa perlu lakukan sesuatu yang ‘menarik perhatian’ mereka untuk mereka fokus, diam dan mengikut apa yang kita suruh. Caranya ialah, ‘follow their flow’. Jika anak kecil ajarkan mereka cara budak kecil iaitu yang sukakan sesuatu yang berwarna-warni, bermain, menyanyi dan puji-pujian.

Perihal tarikan Tablet terhadap mereka

Antara alasan utama mengapa anak kecil walaupun berusia 1 tahun lebih boleh menggunakan Tablet seperti Ipad, Smartphones dan sebagainya berbanding orang tua walaupun tanpa memahami aturan/setting teknologi itu adalah disebabkan ianya seronok.

Apabila anak merasakan ianya seronok dilakukan, lebih kerap mereka ingin mencuba atau lakukan. Jadi, apabila lebih kerap mereka lakukan, mereka akan semakin hari semakin pakar menggunakannya. Ini adalah salah satu daripada segi latihan buat anak tanpa kita sedari.

Apa yang menjadi persoalan ibubapa hari ini ialah bagaimana untuk mengurangkan kebergantungan teknologi ini daripada anak.

Jawapannya ialah dengan mencipta sesuatu perkara yang sama seronok dengan Tablet tersebut. Cara penyelesaian dengan kita secara drastik melarang mereka untuk menggunakan Tablet tanpa menggantikan dengan benda lain adalah cara tangani yang saya kira ianya salah.

Apabila situasi ini berlaku, anak akan lebih memberontak dan mereka ibarat seperti hilang arah untuk ‘bermain’ walaupun ianya pada skrin Tablet sahaja. Letakkan had masa atau hari pada anak untuk bermain Tablet dahulu kemudian barulah secara perlahan-lahan kita didik mereka untuk tidak bergantung kepada alat elektronik itu.

Justeru itu, setiap ibubapa perlu bijak mencari alternatif lain yang lebih semulajadi dan praktikal seperti membawa mereka ke tempat permainan secara rutin atau sertai kelas-kelas seperti kami di Excel Qhalif Playgroup, kelas muzik, kelas lukisan dan sebagainya.

importance-of-playBagi ruang dan peluang mereka berinteraksi dengan orang sekeliling yang juga akan menjadikan mereka seronok dan dalam masa yang sama tetap belajar.

Mungkin pada tahun 2013 ini tidak banyak isu yang timbul tentang implikasi penggunaan Tablet ini terhadap anak kecil. Namun, saya khuatir pada 2 atau 3 tahun akan datang isu ini akan melarat.

Takut-takut anak-anak kita nanti menjadi kaku dan sangat individualistik tak ubah seperti robot.

Akhir kata daripada saya jom ubah mentaliti kita hari ini dengan menjadikan pembelajaran buat anak-anak kecil kita dunia yang penuh keseronokkan. InshaAllah, jika begitu half the battle is won.

However, FUN a bad word in schools.

Salam prihatin dan sedar,

Teacher Ayu 

Pin It on Pinterest

Shares
Share This