Berkomunikasi dengan anak normal boleh dikira mudah berbanding anak yang mempunyai masalah ‘speech delay’. Jika anak normal mereka akan mudah meniru sebutan perkataan yang kita cakap dan kita juga jelas lihat reaksi dan tindak balas mereka.

‘Body gestures’, ‘pointing’ dan ‘sounds‘ antara medium berkomunikasi bagi anak-anak yang mempunyai masalah ‘speech delay’. Walaupun tanpa perkataan tetapi itulah antara signal mereka menghantar mesej untuk berkomunikasi dengan kita.

“Cuba bayangkan, apabila kita suami-isteri ada perselisihan faham. ‘Body languange’ antara medium komunikasi yang sungguh jelas dan berkesan untuk situasi tersebut. Begitulah juga buat anak-anak istimewa ini”

‘Get Face to Face’ / Bertentang Mata

Berkomunikasi dengan anak kecil samada yang normal atau tidak perlu diberi penekanan ‘eye contact’ dengan mereka. Mata kita perlu terarah kepada mata mereka semasa bercakap. Memang ianya agak sukar untuk memfokuskan mata mereka ke arah kita, tetapi kita boleh berkomunikasi bertentang mata dengan mereka secara :

1) Merendahkan badan kita untuk sampai di ‘eye level’ anak. Apabila kita merendahkan badan untuk sama tinggi dengan anak, secara semulajadi aura dominan sebagai ibu akan berkurangan dan anak lebih selesa untuk berkomunikasi dengan kita.

parent-talking-to-child

2) Kita boleh memangku anak untuk pastikan kita mudah bertentang mata. Anak akan rasa diri disayangi dan secara semulajadi juga anak akan mudah respon dengan kita. Samada secara senyuman, suara ataupun tepuk tangan. Apabila mereka gembira, komunikasi akan dapat dilakukan dengan lebih lama. Jadi, lebih lama komunikasi berlaku, lebih besar peluang untuk mereka belajar bercakap. 

 pangku anak untuk mulakan bercakap

3) Baring mengiring untuk bermain dan bercakap dengan anak. Komunikasi yang efektif akan berlaku apabila 2 pihak saling berfungsi samada si ibu sebagai penghantar mesej dan penerima mesej ialah si anak. Keadaan berbaring boleh dilihat situasi yang santai oleh anak dan mereka beranggapan kita juga seronok untuk ambil bahagian dalam aktiviti yang mereka lakukan.

Jadi, situasi yang tenang seperti itu menarik peratusan lebih tinggi untuk anak berminat untuk bercakap dengan kita tentang apa sahaja. Mereka jadi mudah untuk bercerita juga menjawab soalan yang ditanyakan. Kita beri anak untuk ketuai/lead perbualan tersebut. Let our child lead. Sebab ada pepatah yang mengatakan, “children who lead get the languange they need”.

baring badan

Ini antara cara yang boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan anak kita dirumah. Bagi anak yang mempunyai ‘speech delay’ cara berkomunikasi seperti ini boleh mencipta lebih banyak peluang/opportunity untuk anak-anak ini belajar meniru percakapan kita. Sesungguhnya, mereka seorang peniru yang hebat.

Setiap peluang memberi makna yang besar buat anak yang mempunyai ‘speech delay’. Peluang ini juga secara tak langsung membuatkan mereka rasa wujud dan bermotivasi untuk bercakap. Bercakap bagi anak kecil itu maksudnya meluahkan apa yang mereka rasa.

Untuk perkongsian seterusnya, saya akan terangkan bagaimana untuk mencipta komunikasi yang sihat antara kita dan anak (terutama yang ‘speech delay‘) dalam 3 Teknik PTD iaitu ‘Perhati, Tunggu dan Dengar’ secara menyeluruh agar mudah difahami dan boleh dipraktikkan terus di rumah.

Semoga bermanfaat dan cuba tukar cara berkomunikasi kita dengan anak hari ini setelah habis membaca perkongsian saya ini.

Teacher Ayu
Excel Speech Program
Untuk pertanyaan lanjut tentang Excel Speech Program dan membuat temujanji terapi atau mendapatkan khidmat nasihat, bolehlah hubungi:

Lagi artikel-artikel berkaitan:
1) 5 Faktor Asas Kenapa Anak Lambat Bercakap (klik sini)
2) Teknik 4S Untuk Bantu Anak Lambat Bercakap Di Rumah (klik sini)
3) Asas Berkomunikasi Dengan Anak Lambat Bercakap – Bhg 1 (klik sini)

*****

 

–> Sambungan Artikel ini di bahagian kedua – >Klik Sini<
====================================

 

Pin It on Pinterest

Shares
Share This