Apa Itu OT/ Terapi Carakerja?

Jika ibu bapa pernah mendengar terma OT/OCCT atau Occupational Therapy daripada pakar kesihatan atau mana mana pusat kesihatan itu adalah salah satu jenis terapi yang penting dalam dunia kesihatan. OT atau Terapi carakerja merupakan salah satu rawatan pemulihan peringkat awal untuk membantu anak yang mempunyai isu fizikal, sensori atau kognitif (pemikiran). Terapi carakerja dilakukan bagi mencapai, mengekalkan dan meningkatkan tahap kefungsian dan keberdikarian yang optimal dalam kehidupan seharian anak. Sebelum anak melangkah ke terapi pertuturan, anak perlu untuk selesai dengan isu-isu carakerja terlebih dahulu kerana ianya di kemudian hari akan mempengaruhi aspek pertuturan anak.

Siapa Yang Menjalankan Terapi Carakerja? Dan Bagaimana Sesi Terapi Dijalankan?

Sesi terapi carakerja one-to-one di EQ dijalankan oleh terapis carakerja/ atau dipanggil OT (Occupational Therapist) -iaitu mereka yang mempunyai Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pelajaran yang berkaitan (seperti: biologi, psikologi atau sains kesihatan-terapi carakerja) Terapis kita juga akan menjalani latihan dalaman selama 1 bulan bersama senior OT yang berpengalaman sebelum terapis menjalankan kelas secara rasmi.

Occupational Therapy One to One akan dilakukan pada setiap minggu iaitu sekali seminggu selama 1 jam per sesi. Program ini hanya dijalankan pada hari minggu sahaja sebanyak 4x sesi kelas untuk sebulan dan ini yang membezakan sesi terapi kita dengan sesi terapi di hospital yang memerlukan temujanji terapi dalam jarak masa yang lama.

Terapis Carakerja & Pertuturan

Therapy & Playgroup

Siapa Yang Perlukan Terapi Carakerja?

Program terapi carakerja kita mengambil kanak-kanak yang mempunyai isu perkembangan bermula daripada usia 18 bulan dan ke atas. Ciri-ciri kanak-kanak yang memerlukan terapi carakerja:

  • Tidak mempunyai eye-contact.
  • Tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi.
  • Mempunyai masalah koordinasi mata dan tangan.
  • Tidak mempunyai fokus dalam melakukan sesuatu aktiviti.
  • Mempunyai masalah deria ; geli dengan benda melekit, pasir (sensori).
  • Mempunyai masalah dalam aktiviti seharian (pakai baju, makan, dan lain-lain).
  • Sukar menerima arahan mudah
  • Mempunyai kemahiran motor halus dan motor kasar yang lemah.

    Contoh : memegang pencil,membutang baju, mengikat tali kasut,melompat, mengayuh basikal, skipping, membaling, menangkap dan menyepak bola dan lain-lain.

    Apa Aktiviti Yang Dilakukan Oleh Terapis/OT?

    Selama 1 jam sesi kelas terapi dijalankan, terapis akan melakukan aktiviti secara one-to-one bersama anak termasuk konsultasi/perbincangan bersama ibu bapa pada 15 minit terakhir sesi kelas. Terapis akan mengambil kira kemampuan dan keperluan fizikal, sosial, emosi, deria dan kognitif kanak-kanak. Antara strategi OT dalam membantu anak ialah dengan melakukan:

    • Aktiviti fizikal, seperti melompat dan memanjat untuk membantu dalam menambah baik koordinasi, keseimbangan dan kesedaran tubuh
    • Aktiviti bermain untuk menolong dalam interaksi dan komunikasi
    • Aktiviti untuk membantu dalam kemahiran motor halus seperti aktiviti menggunting dan mewarna
    • Aktiviti sensori (messy play: tepung, water colour)

    Apa Akan Terjadi Jika Anak Tidak Pergi Terapi?

    Masalah Anak Akan Bertambah Kompleks

    Apabila intervensi lambat diberi, selalunya kadar progres/ perkembangan anak akan lambat peningkatannya. Contohnya, jika anak baru berumur 2 tahun mungkin isu sensori anak hanya 30% peratus. Namun dengan konsisten terapi dan stimulasi isu sensori ianya dapat berkurangan sedikit demi sedikit. Cuma jika anak sudah berumur lebih 5 tahun mungkin akan ada isu tambahan selain isu sensori yang melambatkan prestasi anak.

    Anak Akan Mengalami Kecelaruan Emosi & Develop Behavior

    Anak yang mengalami kelewatan perkembangan dalam segi pertuturan semestinya ada kesukaran untuk mengekspresikan diri mereka. Oleh kerana itu, kanak-kanak yang mempunyai isu lewat bertutur akan mengalami gangguan emosi kerana tidak boleh berkomunikasi dua hala untuk memberitahu kehendaknya.

    Terlalu Jauh Jarak Perkembangan Dengan Umur Sebenar

    Ada anak umur sudah 5 tahun tetapi masih berada di tahap percakapan usia 2 tahun. Jadi ‘delay gap’ disitu adalah besar, tidak selaras dengan tahap perkembangan pertuturan yang sepatutnya dicapai. Hanya kelas terapi yang konsisten sahaja dapat memberi sokongan dan bantuan kepada kanak-kanak yang kelewatan perkembangan ini. Ibu bapa perlu cepat memberi terapi kepada anak-anak untuk kita cegah ‘delay gap’ yang terlalu besar dengan perkembangan umur sebenar anak kerana sekiranya anak sudah melepasi satu persatu peringkat umur, peluang untuk anak berkembang secara optimum akan berkurangan dan akan sedikit mengambil masa lama.

    Apakah Langkah Ibu Bapa Seterusnya?

    Mulakan Dengan Penilaian

    Kami menyediakan sesi penilaian (Assessment) sebagai langkah pertama untuk ibu bapa kenali isu perkembangan anak dengan lebih lanjut. Jika anak mula menunjukan penurunan kefungsian dalam aktiviti seharian seperti tidak respon pada nama dan arahan atau tidak fokus, sesi penilaian boleh menentukan sekiranya terapi carakerja adalah terapi yang tepat untuk anak anda. 

    Penilaian terapi carakerja ini penting bagi terapis untuk mengetahui perkembangan anak yang terkini dan bagi mengenalpasti apa pelan rawatan yang sesuai dan berkesan menurut isu anak. Ini kerana setiap anak mempunyai isu-isu perkembangan yang berbeza dan memerlukan cara pendekatan terapi yang pelbagai. 

    Namun, assessment ini bukanlah diagnosis mengenai masalah anak ianya hanyalah sebagai langkah awal bagi mengenalpasti dan menangani isu anak terlebih dahulu. Assessment ini:

    • Dijalankan selama 1 jam di mana pada 15 minit terakhir OT akan berbincang bersama ibu bapa mengenai isu anak 
    • Laporan assessment juga akan disediakan serta boleh dijadikan rujukan untuk ke hospital atau pusat terapi
    • Assessment ini berharga RM 250 untuk sekali sesi sahaja.

    Jika anak tuan/puan ada isu-isu seperti di atas, boleh menghubungi cawangan yang terdekat untuk book sesi penilaian (Assessment) di centre kami sebagai langkah pertama untuk kenali isu dengan lebih khusus.

    Excel Qhalif Sdn. Bhd.

    1212310-A

    Rakan Kerjasama

    Rakan Media

    Bangi Branch (HQ)

    No 19-1, 19-2, 21-1, 21-2 Jalan Reko Sentral 6,
    Reko Sentral, 43000,
    Kajang, Selangor D. E.

    Masa

    9am - 6pm
    Isnin - Sabtu

    Pin It on Pinterest