Apa itu brand lover? Brand lover ini adalah orang yang suka kepada barang yang berjenama. Contohnya, tudung, kereta, baju, handbag ataupun kopi. Untuk mereka yang membuat perniagaan, ia dipanggil sebagai marketing strategy yang bertujuan untuk menggalakkan pelanggan setia kepada brand mereka. Dari sudut pandangan psikologi, apakah kriteria seorang brand lover dan brand lover itu seperti orang yang macam mana?
Kebiasaanya, orang yang cenderung untuk setia kepada barang yang ada brand ini adalah orang yang memerlukan keselesaan, kegembiraan dan kepuasan dalam hidup melalui barang yang mereka beli. Menurut American Psychological Association, brand lover ini mempunyai sifat materialistik. Mereka mempunyai nilai yang menitikberatkan hidup yang mewah, kaya raya dan imej yang ditunjuk adalah melalui harta benda mereka.
Sifat materialistik dilahirkan apabila individu terdedah kepada mesej bahawa harta atau brand ini penting sama ada melalui orang disekeliling atau media. Tambahan lagi, individu akan cenderung kepada sifat materialistik apabila mereka kurang keyakinan diri atau resah jika mereka tidak diterima oleh masyarakat apabila tidak memiliki barang yang ada jenama.
Jadi persoalannya adalah adakah brand lover ini minat atau satu penyakit dari sudut pandangan psikologi? Minat dalam kadar yang normal itu bermaksud kita suka sesuatu brand itu tanpa ia memudaratkan emosi, tingkah laku atau pemikiran kita. Tidak salah untuk kita ada minat kepada satu brand, namun perlu pastikan tidak ke arah fanatik, ketagihan atau melampau-lampau.
Contoh tindakan fanatik atau extreme adalah apabila keluar sahaja barang baru daripada brand yang disukai, terus beli tanpa menyelidik dahulu kos, kualiti, keperluannya. Kalau sudah ada beg brand itu, perlu beli hingga 5 jenis warna bag yang sama. Kalau boleh,kita mahu mengawal our purchasing power dan bukan membuat pilihan disebabkan oleh brand sahaja.
Jika terlalu minat, kemungkinan besar keputusan akan dibuat secara beremosi dan boleh jadi satu liabiliti. Contohnya, ada anak-anak muda yang terlalu mahukan Iphone, walaupun versi yang paling lama mereka mahu juga asalkan ia Iphone.
Ini boleh disebabkan oleh tekanan dari rakan yang membawa kepada banyak isu seperti dari segi kewangan: perlu berhutang dan juga dari segi kesihatan mental: mula resah, pemikiran negatif terhadap diri sendiri dan kemurungan. Jika anda seorang brand lover seperti ciri-ciri di atas, kemungkinan besar tanpa disedari ia menjadi satu penyakit untuk anda.
Jadi bagaimana untuk memastikan kita tidak membuat keputusan yang berat sebelah atau terburu-buru? Tanya diri sendiri
- Apakah kepentingan mendapat jenama tersebut
- Apakah akibat membeli barang dari jenama tersebut? Selepas menganalisa informasi dan membuat keputusan, kita perlu.
- Berdisiplin dengan diri sendiri tentang perbelanjaan. Ukur baju di badan sendiri. Jika memang perlukan jenama tersebut, boleh rancang perbelanjaan atau memilih cara efektif untuk mengumpul duit supaya tidak perlu berhutang.
BIODATA PENULIS
ADRIANNA NUR
Clinical Psychologist
Graduan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Master of Clinical Psychology. Kini berkhidmat sepenuh masa di Excel Genius Special School di bawah Excel Qhalif. Beliau menjalankan sesi diagnosis (Psychological Assessment) dan sesi intervensi (Applied Behavior Analysis Therapy) di Excel Qhalif.
Cognitive Behavioural Therapy (CBT)
CBT adalah salah satu jenis Psikoterapi. Program ini sesuai untuk individu dari semua peringkat umur seperti anak, remaja, dewasa dan juga warga emas. CBT adalah rawatan biasa untuk pelbagai masalah kesihatan mental. CBT mengajar anda coping skills untuk menangani masalah yang berbeza. Ia memberi tumpuan kepada bagaimana cara pemikiran (thoughts) anda mempengaruhi perasaan (emotions) dan tindakan (behaviour) anda.
Sesi CBT kebiasaannya berlangsung sekali seminggu bersama terapist selama 6 hingga 20 sesi dan setiap sesi adalah 30 hingga 60 minit.Ia dijalankan oleh ahli Psikologi Klinikal yang terlatih dan berpengalaman. Program ini juga sesuai jika individu memilik ciri-ciri seperti:
- Sering stress, sering risau, sering sedih, hilang minat kepada aktiviti yang pernah diminati (anhedonia) atau rasa putus asa (hopelessness).
- Kurang keyakinan diri, pemikiran negatif terhadap diri sendiri, orang di sekeliling dan dunia.
- Ketagih kepada membeli-belah (shopping addiction)
- Gangguan kebimbangan (Anxiety Disorders) seperti fobia, takut dengan orang (Social Anxiety) dan gangguan panik (Panic Disorder), Obsessive Compulsive Disorder (OCD) atau gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).
- Gangguan mood, seperti kemurungan (Depresi) atau gangguan bipolar (Bipolar Disorder)
- Gangguan makan, seperti anoreksia atau bulimia
- Gangguan personaliti, seperti gangguan Borderline Personality Disorder.
*Khidmat ini hanya disediakan di Excel Genius Special School, Kajang.
Kepada ibubapa yang ingin membuat temujanji terapi dan mendapatkan khidmat nasihat. Boleh hubungi:
Cawangan Excel Genius Special School:
SMS/CALL ke 011-56901579 (Teacher Fatin)