Occupational Therapy (OT)

Terapi Carakerja

Ciri-ciri Kanak-kanak Yang Memerlukan Terapi Carakerja

  • Tidak mempunyai eye-contact.
  • Tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi.
  • Mempunyai masalah koordinasi mata dan tangan.
  • Tidak mempunyai fokus dalam melakukan sesuatu aktiviti.
  • Mempunyai kemahiran motor halus dan motor kasar yang lemah(memegang pencil, membutang baju, mengikat tali kasut,melompat, mengayuh basikal, skipping, membaling, menangkap dan menyepak bola dan lain-lain).
  • Mempunyai masalah deria ; geli dengan benda melekit, pasir (sensori).
  • Mempunyai masalah dalam aktiviti seharian (pakai baju, makan, dan lain-lain).
  • Sukar menerima arahan mudah.

Jika anak anda ada isu-isu seperti di atas, boleh menghubungi cawangan yang terdekat untuk melakukan sesi penilaian (Assessment) sebagai langkah pertama untuk kenali isu dengan lebih khusus.

Speech Therapy (ST)

Terapi Pertuturan

Ciri-ciri Kanak-kanak Yang Memerlukan Terapi Pertuturan

Terapi pertuturan adalah rawatan yang diberikan kepada kanak-kanak seawal usia 2 tahun ke atas yang mempunyai masalah dalam komunikasi dan bahasa.

Terapis pertuturan kami akan mengenal pasti punca masalah pertuturan dan bahasa dengan menjalankan ujian penilaian dan merangka program pemulihan.

Jika anak anda belum mencapai milestone pertuturan di atas, boleh menghubungi cawangan yang terdekat untuklangkah pertama iaitu menjalankan sesi penilaian (Assessment) untuk kenali isu anak dengan lebih lanjut.

Early Intervention Program (EIP)

Intervensi Awal Kanak-kanak

Merupakan Kelas Intervensi Harian Untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Autism, Speech Delay, ADHD (hyperactive), GDD dan sebagainya.

Kelas EIP merangkumi 4 modul utama :

  • Carakerja (OT)
  • Pertuturan (ST)
  • Pengurusan diri (ADL)
  • Pendidikan Khas (Special Edu).

Selain itu, kelas EIP merupakan kelas permulaan untuk pendedahan pelajar kepada persekitaran sekolah, membuat aktiviti dan menjalani terapi pada masa yang sama.

Siapa yang perlukan EIP?

Kanak-kanak yang mempunyai isu kelewatan daripada segi perkembangan sosial, sensori, kemahiran motor, pembelajaran dan sebagainya memerlukan intervensi awal supaya dapat penyediaan ke alam persekolahan.

Playgroup Therapy (PT)

Terapi Playgroup

Program Hujung Minggu (Sabtu)

Dijalankan secara berkumpulan iaitu maksimum 7 orang anak dalam satu kelas dan melibatkan salah seorang ibu/ayah di dalam kelas bagi tujuan memberi tunjuk ajar secara langsung teknik intervensi untuk kanak-kanak berkeperluan khas yang sesuai dijalankan di rumah.

Modul dalam program Playgroup Xtra ini merangkumi:

  • Carakerja (OT)
  • Pertuturan (ST)
  • Pengurusan diri (ADL)
  • Pendidikan Khas (Special Edu).

Clinical Psychology (CP)

Psikologi Klinikal

Jika Anda Berminat Untuk Mendapatkan Diagnosis

Atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang tahap intelektual kanak-kanak tersebut, anda boleh mendapatkan khidmat konsultasi dan khidmat penilaian psikologi bersama Klinikal Psikologi di pusat terapi kami.

Primary School (Private)

Sekolah Rendah (Swasta)

Sekolah Rendah Pendidikan Khas

Menyediakan modul pembelajaran yang kondusif untuk kanak-kanak berkeperluan khas

Excel Qhalif Sdn. Bhd.

1212310-A

Bangi Branch (HQ)

No 19-1, 19-2, 21-1, 21-2 Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, 43000,
Kajang, Selangor D. E.

Masa

9am – 6pm
Isnin – Sabtu